UMNO and political appointees should take responsibility on Utusan’s failure, not ordinary personnel

It has been reported that Utusan Malaysia, which is owned and controlled by UMNO, has offered voluntary separation scheme (VSS) to over 1,500 of its workers as part of its restructuring exercise.

Since being taken by UMNO in 1961, Utusan had been used by UMNO for their political agenda, especially to attack the then opposition political leaders and parties via provocative and extreme racist rhetoric. It is therefore not surprising that Utusan has failed to remain sustainable financially, as its political masters could no longer provide them with unfair contracts and benefits from the government.

However, ordinary personnel of organisation – especially journalists, photographers, circulation and marketing staff – should not be held responsible for Utusan’s irresponsible reporting. It’s the previous UMNO-led regime who dictated the terms to board of directors and editors, and journalists had to obey their agenda without much choice.

If anyone should be held responsible, it should be UMNO and the politically appointed directors and editors. Furthermore, I note the statement from the National Union of Journalists (NUJ) that the VSS offered by Utusan is insincere and suspicious because of it is done in haste without consultation and contained unfair terms.

On a wider level, the issue of press freedom and control must comprehensively be reviewed and reform. Political parties must be disallowed from owning or controlling media organisations, such as in the case of UMNO-Utusan and MCA-The Star.

With regards to the current problems with Utusan, UMNO should therefore relinquish its control and ownership. Utusan should be run independently so that it can restructure and reform without being subject to political control, and return to its original spirit of journalism and nation building before UMNO took control.

I also urge the Communications and Multimedia Minister to take urgent action to reform the press and media in the country. As stated in the Pakatan Harapan Manifesto, laws and regulations must be reviewed to guarantee media freedom, an independent Media Council comprising of media figures should be set up to develop and implement a code of ethics on reporting and function as a body for public complaints.

Khoo Poay Tiong
Member of Parliament (Kota Melaka)

UMNO dan lantikan-lantikan politik harus bertanggungjawab terhadap kegagalan Utusan, bukan kakitangan biasa

Laporan telah menyatakan bahawa Utusan Malaysia, yang dimiliki dan dikawal oleh UMNO, telah menawarkan Voluntary Separation Scheme (VSS) kepada lebih 1,500 pekerjanya sebagai sebahagian daripada langkah penstrukturan semula.

Sejak diambilalih oleh UMNO pada tahun 1961, Utusan telah digunakan oleh UMNO untuk agenda politik mereka, terutamanya untuk menyerang pemimpin-pemimpin dan parti pembangkang ketika itu, melalui provokasi dan retorik perkauman. Maka, tidak mengejutkan apabila Utusan gagal untuk mengekalkan kelangsungan kewangannya, kerana tuan-tuan politik mereka tidak lagi boleh memberikan kontrak-kontrak dan faedah-faedah berat sebelah melalui kerajaan.

Walaubagaimanapun, kakitangan-kakitangan biasa organisasi tersebut – terutamanya para wartawan, jurugambar, dan kakitangan peredaran dan promosi – tidak harus dipertanggungjawabkan atas kegagalan dan kesalahan Utusan. Regim lama di bawah pimpinan UMNO telah menentukan agenda dan terma kepada pengarah dan pengarang Utusan, dan wartawan perlu mematuhi arahan tanpa banyak pilihan.

Pihak yang perlu bertanggungjawab ilah UMNO dan pengarah-pengarah dan pengarang-pengarang yang dilantik melalui hubungan dan tujuan politik. Selain itu, saya juga mengambil maklum bahawa Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) telah mengeluarkan kenyataan bahawa VSS yang ditawarkan oleh Utusan adalah tidak ikhlas dan mencurigakan kerana dilakukan secara tergesa-gesa tanpa konsultasi dan mengandungi terma-terma yang tidak adil.

Pada peringkat yang lebih luas, isu kebebasan dan kawalan media mesti dikaji semula dan direformasikan secara menyeluruh. Parti-parti politik harus dihalang daripada memiliki dan mengawal organisasi media, sepertimana yang telah berlaku di UMNO-Utusan dan MCA-The Star.

Untuk isu Utusan, UMNO sepatutnya melepaskan pemilikan mereka. Utusan wajar diuruskan secara bebas supaya ia boleh distrukturkan semula dan direformasikan tanpa kawalan dan tekanan politik, dan supaya ia boleh kembali kepada semangat kewartawanan asalnya sepertimana sebelum UMNO mengambil alih.

Saya juga menyeru kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia untuk mengambil langkah segera untuk mereformasikan akhbar dan media di Malaysia. Seperti yang dinyatakan di dalam Manifesto Pakatan Harapan, undang-undang dan peraturan-peraturan sedia ada mesti dikaji semula untuk menjami kebebasan media. Sebuah Majlis Media yang dianggotai oleh tokoh-tokoh media sendiri untul menyelaras garispanduan etika pelaporan dan bertindak sebagai badan hisbah dalam menangani aduan orang ramai tentang media.

Khoo Poay Tiong
Ahli Parlimen (Kota Melaka)