Pertanyaan: Sistem pengajian tinggi di Malaysia

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ]

SOALAN

TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan :

(a) perancangan Kementerian untuk merombak sistem pengajian tinggi di Malaysia agar dapat melahirkan lebih banyak tenaga kerja berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan pasaran; dan

(b) kadar pengangguran dalam kalangan siswazah tempatan dalam tempoh 2 tahun selepas tamat pengajian mereka.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa prihatin dan mengambil berat tentang perancangan semasa dan akan datang dalam memastikan Malaysia mampu melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang mencukupi bagi memenuhi keperluan pasaran tenaga kerja masa hadapan.

2. Antara reformasi pendidikan tinggi yang telah dilaksanakan oleh KPT adalah melalui penubuhan Jawatankuasa Menyemak dan Mengkaji Semula Dasar Pendidikan Tinggi Nasional (National Higher Education Policy Review Committee – NRC) pada tahun 2023.

3. NRC telah mengenal pasti sebanyak 58 cadangan penambahbaikan yang terdiri daripada 28 cadangan bersifat transformatif, 12 cadangan quick wins dan 18 inisiatif pemboleh daya atau enablers.

4. NRC juga mengemukakan cadangan pindaan dan penambahbaikan kepada tujuh (7) akta dan 11 dasar, selain cadangan empat (4) dasar baharu. Bagi cadangan yang bukan berada di bawah bidang kuasa KPT dan melibatkan Kementerian, Jabatan atau Agensi lain, cadangan tersebut akan diangkat kepada Kementerian, Jabatan atau Agensi berkenaan.

5. Berkaitan dengan kadar pengangguran dalam kalangan siswazah tempatan, hasil laporan NRC juga akan dijadikan sebagai input dan asas dalam pembangunan pelan pendidikan tinggi baharu bagi menggantikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) serta membina asas dalam membangunkan strategi pendidikan tinggi untuk Rancangan Malaysia akan datang.

6. Berdasarkan data rasmi dari Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) KPT, bilangan graduan yang belum bekerja selepas enam (6) bulan menamatkan pengajian adalah:

(i) 41,467 orang atau 14.5 peratus daripada 286,299 graduan warganegara pada tahun 2021;
(ii) 29,099 orang atau 9.8 peratus daripada 295,962 graduan warganegara pada tahun 2022; dan
(iii) 1,106 orang atau 10.2 peratus daripada 304,466 graduan warganegara pada tahun 2023.

Sekian, terima kasih.