Pertanyaan: Doktor kontrak KKM

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN KHOO POAY TIONG (KOTA MELAKA)

SOALAN

TUAN KHOO POAY TIONG (KOTA MELAKA) minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah doktor kontrak yang diambil dari tahun 2016 hingga Mac 2024 dan jumlah doktor kontrak yang ditawarkan skim tetap dalam tempoh tersebut serta langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini memandangkan kita masih kekurangan doktor.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Berdasarkan analisis Kementerian Kesihatan (KKM), seramai 34,313 pegawai perubatan lantikan kontrak telah dilantik dari tahun 2016 hingga Mei 2024 dengan perincian berikut:

(a) tahun 2016: 1,217 orang;
(b) tahun 2017: 4,903 orang;
(c) tahun 2018: 4,924 orang;
(d) tahun 2019: 6,139 orang;
(e) tahun 2020: 5,113 orang;
(f) tahun 2021: 4,007 orang;
(g) tahun 2022: 3,245 orang;
(h) tahun 2023: 3,265 orang; dan
(i) tahun 2024 (Mei): 1,500 orang

2. KKM juga telah melaksanakan pelantikan tetap seramai 10,679 pegawai perubatan lantikan kontrak bagi tempoh 2019 hingga April 2024. Perincian pelantikan tetap tersebut adalah seperti berikut:

(a) tahun 2019: 530 orang;
(b) tahun 2020: 259 orang;
(c) tahun 2021: 329 orang;
(d) tahun 2022: 3,215 orang;
(e) tahun 2023: 5,489 orang; dan
(f) tahun 2024 (April): 857 orang

3. Bagi menangani isu keperluan doktor, KKM komited untuk terus melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan lagi bilangan doktor di fasiliti kesihatan KKM. Antara inisiatif yang telah dan sedang dijalankan ialah:

(a) meningkatkan slot latihan siswazah di KKM daripada 10,835 pada tahun 2013 kepada 12,198 slot pada tahun 2024 bagi tujuan latihan siswazah perubatan;

(b) meneruskan pelantikan Pegawai Perubatan Siswazah sebanyak 6 kali setahun dengan sela masa 2 bulan berbanding dengan tempoh menunggu lebih satu (1) tahun sebelum ini.

(c) mengadakan sesi libat urus bersama pelajar perubatan di institut pengajian tinggi bagi tujuan memberi pendedahan dan menggalakkan mereka memohon segera pendaftaran sementara dengan Majlis Perubatan Malaysia dan permohonan pekerjaan dengan SPA;

(d) pewujudan sekurang-kurangnya 1,500 jawatan yang merangkumi jawatan Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi bagi tempoh tahun tiga (3) tahun iaitu tahun 2023 hingga tahun 2025; dan

(e) sebanyak 800 jawatan tetap Pakar Perubatan dan 70 Pakar Pergigian diwujudkan di Kementerian Kesihatan pada setiap tahun mulai tahun 2023 bagi menampung keluaran pakar perubatan tetap.

(f) melaksanakan urusan pengambilan khas menerusi SPA dengan menawarkan semula pelantikan kepada pegawai perubatan yang pernah menolak pelantikan tetap, pegawai yang meletak jawatan dan pegawai yang telah menamatkan perkhidmatan kontrak dengan KKM. Kelayakan bagi memohon pelantikan ini adalah seperti mana dinyatakan dalam iklan pengambilan oleh SPA pada awal Julai 2024.

Sekian, terima kasih.