PH state governments should adopt interim measures to strengthen and improve the accountability of local councils while awaiting local council elections

Last week, the Melaka chief minister, YAB Adly Zahari, announced several key policy changes and reshuffling in the state administration.

The state government has decided to shorten the tenure of state appointees – local councillors, members of Village Community Management Council (MPKK), and DUN staff – to one year. Previously, the tenure was three years for local councillors and two years for MPKK members, while the ADUN has discretion over the tenure of DUN staff.

The chief minister also announced that two local councils – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) and Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) – will have a change of mayor in February 2019.

I applaud the decision by the chief minister and the state government for these changes. These would allow the state administration, especially the local councils, to continue functioning effectively.

The policy changes and reshuffling announced by the state government will ensure that the state appointees will not be complacent in their duties. Their performance will be assessed after a year, and those who do not carry out their duties appropriately will not have their appointment renewed.

My office has been receiving ongoing feedback by residents on their local councillors. Some of them are happy with the improved administration since Pakatan Harapan (PH) took over, while some are complaining that the councillors are not up to mark. There are also allegations of corruption creeping in.

I have forwarded and discussed these concerns with my PH colleagues at the state level. Rest assured, corrective actions will be taken accordingly. The policy changes described above is a step towards that direction.

Undoubtedly, the more fundamental reform needed is local council elections. This reform is part of PH’s promise in the general election manifesto.

The Minister of Housing and Local Government, YBM Zuraida Kamaruddin, has stated that the federal government is studying the matter and aims to reintroduce local council elections within the next three years.

In the parliament session last year, I have urged the minister to accelerate the issue. I hope we will receive a positive update on local council elections this year.

In the meantime, I urge PH state governments to implement interim measures to ensure some form of accountability and transparency in local councils. Besides setting fixed and shorter tenures, we should also institute clear performance indicators for councillors and establish formal feedback mechanism for residents to give their views.

Khoo Poay Tiong
MP Kota Melaka

Kerajaan-kerajaan negeri di bawah pimpinan PH harus mengambil langkah-langkah interim untuk mengukuhkan dan meningkatkan akauntabiliti PBT sementara menunggu pilihan raya tempatan

Pada minggu lepas, ketua menteri Melaka, YAB Adly Zahari, telah mengumumkan beberapa perubahan dasar dan penyusunan semula pentadbiran negeri yang penting.

Kerajaan negeri telah memutuskan bahawa tempoh perjawatan lantikan-lantikan kerajaan negara – ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), dan kakitangan JAPERUN – akan ditetapkan kepada satu tahun. Sebelum ini, tempoh perjawatan adalah tiga tahun untuk ahli majlis PBT dan dua tahun untuk ahli MPKK, manakala tempoh perjawatan kakitangan JAPERUN ditentukan oleh ADUN.

Ketua menteri juga mengumumkan bahawa dua PBT – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) – akan mengalami penukaran Datuk Bandar dan Yang Dipertua pada Februari 2019.

Saya mengalu-alukan keputusan ketua menteri dan kerajaan negeri. Perubahan-perubahan tersebut membolehkan pentadbiran kerajaan negeri, terutamanya PBT, kekal berkesan.

Perubahan dasar dan penyusunan tersebut akan memastikan mereka yang dilantik tidak akan leka dalam menjalankan tugas. Prestasi mereka akan dinilai selepas setahun, dan mereka yang tidak menjalankan tugas dengan cemerlang tidak akan dilanjutkan perjawatan.

Pejabat saya telah menerima maklum balas secara berterusan daripada penduduk tempatan. Ada yang berpuas hati dengan penambahbaikan pentadbiran kerajaan negeri sejak Pakatan Harapan (PH) mengambil alih, manakala ada juga yang mengadu bahawa ahli majlis mereka kurang memuaskan. Terdapat juga dakwaan-dakwaan mengenai gejala rasuah.

Saya telah menyampaikan isu ini kepada pemimpin-pemimpin PH yang lain di peringkat negeri dan berbincang bersama. Yakinlah bahawa tindakan sewajarnya akan diambil dari masa ke semasa. Perubahan dasar yang diumumkan baru-baru ini, sepertimana yang dinyatakan di atas, adalah langkah ke arah tersebut.

Sudah tentu, reformasi asas yang diperlukan ialah pilihan raya di peringkat PBT. Perkara ini adalah sebahagian daripada janji PH di manifesto pilihan raya yang lepas.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YBM Zuraida Kamaruddin, telah menyatakan bahawa kerajaan persekutuan sedang mengkaji perkara tersebut dan menyasarkan untuk mengembalikan pilihan raya PBT dalam tempoh masa tiga tahun.

Pada sesi parlimen tahun lalu, saya telah menggesa supaya perkara ini disegerakan. Oleh itu, saya berharap agar pihak kementerian akan memberi perkembangan terkini dalam masa terdekat.

Sementara itu, saya menyeru agar kerajaan-kerajaan negeri di bawah pimpinan PH memperkenalkan langkah-langkah interim untuk memastikan terdapatkan akauntabiliti dan ketelusan di peringkat PBT. Selain menetapkan dan memendekkan tempoh perjawatan lantikan, kita juga patut memperkenalkan indikator pretasi (KPI) untuk ahli majlis dan mewujudkan suatu sistem maklum balas formal supaya para penduduk boleh menyalurkan pendapat mereka.

Khoo Poay Tiong
Ahli Parlimen Kota Melaka