Banjir Di Melaka, Di Mana Jalan Keluarnya?

Banjir kilat di Melaka bukanlah suatu perkara yang memeranjatkan. Sejak puluhan tahun yang lalu, masalah banjir jilat ini menjadi mimpi ngeri yang terus-menerus dialami oleh penduduk di negeri Melaka. Isu ini dapat dilihat kepada dua faktor utama yang menjadi punca di sebalik masalah banjir yang berterusan melanda negeri Melaka. Sikap acuh tak acuh kerajaan negeri Melaka sewaktu era pemerintahan Barisan Nasional serta selanjutnya sewaktu era Perikatan Nasional menyaksikan masalah banjir ini bukan sahaja tidak diatasi malahan menjadi lebih teruk. Pada tahun 2021 sahaja, kawasan seperti Ayer Keroh dan Batu Berendam sudah lebih 3 tiga kali dinaiki air. Ayer Keroh sahaja sudah dua kali dinaiki air dalam tempoh kurang dari sebulan manakala kawasan Bukit Rambai yang sudah lebih 10 tahun tidak dinaiki mengalami banjir pada bulan Mei yang lalu.

Perkara ini sebenarnya boleh diatasi dengan kesanggupan kerajaan meneliti satu persatu langkah terbaik bagi menuju jalan keluar terhadap masalah ini. Contohnya, banjir di Bukit Rambai pada tahun ini dilaporkan berpunca daripada Sungai Ayer Salak yang tidak diselenggara dengan sempurna oleh Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) negeri sejak setahun yang lalu menyaksikan sungai tersebut dipenuhi dengan semak-samun serta tidak terurus. Tempoh setahun yang dinyatakan sepadan dengan tempoh perkhidmatan kerajaan Perikatan Nasional di Melaka yang diketuai oleh Datuk Seri Sulaiman Md Ali daripada parti UMNO. Mudah untuk kita menuding jari kepada JPS negeri Melaka, namun sebenarnya hal ini dapat diatasi sekiranya kerajaan negeri melalui Datuk Seri Sulaiman Md Ali serta ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Melaka yang berkaitan bekerjasama bagi membendung masalah ini daripada terjadi. Namun perkara itu tidak terjadi seolah-olah tidak wujudnya hubungan kerja yang jelas antara kerajaan negeri Melaka dengan jabatan-jabatan kerajaan yang berkenaan.

Seterusnya, banjir kilat turut menimpa kawasan-kawasan berdekatan dengan Batu Berendam dan Kota Laksamana. Masalah ini bukanlah baru malahan sudah terjadi lebih 20 tahun lamanya dan menjadi semakin kerap sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Punca kepada masalah ini terletak pada masalah kerosakan di Pintu Kawalan Air Muara Sungai Melaka. Hanya satu daripada empat pintu kawalan air di situ beroperasi sebaiknya. Justeru itu, pada era Pakatan Harapan, Ketua Menteri Melaka ke-11 Adly Zahari telah mencadangkan project naik taraf bagi membaiki pintu-pintu kawalan air yang sudah rosak serta tidak berkemampuan bagi mengawal arus air yang lebih deras. Projek yang dicadangkan itu sudah mendapat kelulusan Menteri Kewangan Pakatan Harapan pada waktu itu iaitu YB Lim Guan Eng. 

Selepas pertukaran kerajaan Persekutuan pada Februari 2020, projek itu tidak mempunyai perkembangan yang terkini sehinggalah pada sidang Parlimen November 2020, ahli Parlimen Kota Melaka YB Khoo Poay Tiong mengajukan soalan mengenai perkembangan projek naik taraf Pintu Kawalan Air Muara Sungai Melaka pada sesi kamar khas di Parlimen. Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air menyatakan bahawa status bagi kerja-kerja menaik taraf dan membaik pulih stesen pintu kawalan air ataupun barrage muara Sungai Melaka ini adalah dalam peringkat pelaksanaan kerja-kerja awalan, bermakna kerja sudah dijalankan selain Surat Setuju Terima ataupun SST kepada pihak kontraktor yang telah terpilih dikeluarkan pada 15 September 2020 dan seterusnya, kerja-kerja menaik taraf dan membaik membaik pulih stesen pintu kawalan air ini telah bermula pada 8 Oktober 2020 dan dalam peringkat pelaksanaan kerja-kerja awalan seperti membuat pembersihan tapak.

Walaupun jelas jawapan yang diberikan pihak kementerian namun sehingga kini tiada sebarang perkembangan yang melihatkan sebarang sinar untuk rakyat Melaka melihat sendiri Pintu Kawalan Air Muara Sungai Melaka siap dalam masa yang terdekat serta selanjutnya berfungsi dengan sempurna bagi mengatasi masalah banjir di kawasan-kawasan seperti Kota Laksamana dan Batu Berendam. Selain itu, kerajaan Perikatan Nasional di Melaka juga tidak menunjukkan sebarang kesungguhan bagi memastikan projek ini dapat menjadi kenyataan dalam masa terdekat ini. Tiada sebarang maklum balas positif yang dikeluarkan oleh kerajaan Perikatan Nasional berkaitan dengan isu ini. Perkara ini amat mengecewakan kerana masalah yang perlu diberikan perhatian ini dilayan secara sambil lewa oleh kerajaan negeri selain mereka juga turut menjadi punca kepada masalah ini dengan merencana projek penambakan pasir sebagai modal “pembangunan” mereka.

Kerajaaan negeri Melaka pada April 2021 mengumumkan perancangan bagi projek Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ) yang dijangka mampu menjana RM3-4 billion KDNKK negeri Melaka. Projek yang kelihatan gah ini sebenarnya merupakan kesinambungan daripada projek-projek penambakan yang dijalankan oleh kerajaan negeri Melaka di bawah pemerintahan Barisan Nasional dahulu. Projek Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ) ini bakal menyaksikan “pembangunan” 6,070 hektar sejauh 22 km dari Umbai ke Tanjung Bruas yang ditandatangani oleh kerajaan negeri dengan LBS Bina Group Bhd pada bulan April untuk kerja penambakan dan pembangunan membabitkan 1,200 ekar (485 hektar) di Tanjung Bruas. Projek ini umpama menabur pasir ke dalam periuk nasi masyarakat terutama sekali di sekitar Pantai Puteri yang rata-ratanya nelayan dan pekerja sektor pelancongan. Selain itu, kesan alam sekitar yang terhasil daripada projek ini juga jelas merisaukan para penduduk kerana ianya bakal menyebabkan masalah banjir kilat menjadi lebih parah kerana tambakan laut yang dijalankan akan merosakkan permukaan di persisiran pantai Melaka. 

Mahu tidak mahu rakyat Melaka sudah lelah dengan masalah banjir di Melaka ini. Kerajaan negeri yang dipimpin UMNO selama ini bukan sahaja tidak berupaya menyelesaikan masalah banjir kilat di Melaka malahan menambahkan derita rakyat Melaka dengan menjalankan projek-projek penambakan pasir secara berterusan sejak dahulu sehingga ke hari ini. Negeri Melaka yang dulunya indah dan menjadi tarikan pelancong sudah semakin hodoh disebabkan oleh kerakusan pemerintah yang hanya memikirkan faktor ekonomi semata-mata tanpa memikirkan kesan langsung projek-projek penambakan pasir terhadap alam sekitar dan rakyat negeri Melaka secara keseluruhannya. 

DISEDIAKAN OLEH SHAHRUL SHAHABUDIN (PEGAWAI PENYELIDIK AHLI PARLIMEN KOTA MELAKA)

RUJUKAN

https://www.utusan.com.my/berita/2021/05/punca-banjir-teruk-di-bukit-rambai/

https://kotamelaka.com/bm/parlimenmingguini-1-pembukaan-mesyuarat-ke-3-2020-penggal-ke-3-parlimen-ke-14/

https://www.sinarharian.com.my/article/128267/EDISI/Projek-tambakan-pemanjangan-jeti-Tanjung-Bruas-tidak-melalui-kerajaan-negeri

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/05/04/penduduk-melaka-gesa-kerajaan-persekutuan-campur-tangan-henti-tambakan-tanah/

https://www.melakahariini.my/melaka-meterai-perjanjian-projek-tambak-laut-rm1-5-bilion/

https://www.thesundaily.my/local/waterfront-economic-zone-project-expected-to-attract-more-than-rm100-billion-in-investments-over-15-years-MF7502295

https://www.nst.com.my/business/2021/04/680648/melaka-reinstate-its-maritime-hub-and-trade-glory-m-wez

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2021/04/09/game-changer-for-melaka