Kota Melaka Minggu Ini: Khidmat Masyarakat Diteruskan

Seperti biasa YB Khoo Poay Tiong dan pasukan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota melaka sentiasa aktif dalam menyantuni masyarakat di seluruh Parlimen Kota Melaka. Jadi pada minggu ini, aktiviti kebajikan terus dijalankan disebalik kehangatan ambang Pilihan Raya Negeri Melaka.

Di saat belenggu pandemik COvid-19 masih lagi dirasai, ramai keluarga yang kehilangan mata pencarian dan sukar untuk mendapatkan bekalan makanan. Sehubungan dengan itu, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka mengambil tanggungjawab dengan menyerahkan bantuan kit makanan kepada para penduduk yang memerlukan di kawasan Parlimen Kota Melaka.

Melalui Pegawai Perhubungan Parlimen Kota Melaka Encik Hairil Anuar mewakili YB Khoo Poay Tiong,  menyampaikan kit makanan Foodbank Kota Melaka kepada  mangsa-mangsa banjir di Ujong Pasir yang terkesan sewaktu banjir melanda kawasan tersebut. Seramai 10 keluarga menerima sumbangan yang diberikan & semoga bantuan tersebut dapat meringankan beban mereka di saat yang sukar ini.

Encik Hairil Anuar menyerahkan kit makanan Foodbank Kota Melaka kepada mangsa-mangsa banjir di Ujong Pasir

Selain itu, aktiviti ziarah penduduk yang mengalami penyakit kritikal di kawasan Parlimen Kota Melaka juga terus berlangsung. Encik Hairil Anuar Samat telah menziarahi Puan Salmah Bte Muhammad Said yang menetap di DUN Telok Mas. Puan Salmah baru sahaja menjalani pembedahan bagi memotong kaki kanannya akibat jangkitan kuman dari penyakit kencing manis yang dihidapinya. Sumbangan kit makanan turut diberikan kepada keluarga Puan Salmah selain membantu keluarganya mendapatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.  Selain itu, Encik Hairil Anuar yang mewakili YB Khoo Poay Tiong telah menyampaikan sepasang kerusi roda kepada seorang warga emas yang menghidapi penyakit buah pinggang di Permatang Pasir, DUN Telok Mas.

Encik Hairil Anuar membantu melengkapkan borang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk pemohon yang memerlukan bantuan

Seterusnya, aduan-aduan kerosakan infrastruktur di sekitar DUN Duyong dan DUN Telok Mas turut diambil perhatian oleh Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka. Encik Hairil Anuar telah turun melawat jalan-jalan yang telah rosak di Bukit Duyung yang menjadi laluan utama para penduduk di kawasan berhampiran. Disamping itu, aduan mengenai lampu jalan yang sudah tidak berfungsi di Kampung Alai turut diberikan perhatian oleh Encik Hairil Anuar dan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka. Kedua-dua masalah infrastruktur ini telah diadukan dan dibawa kepada perhatian pihak yang berwajib.

Lampu jalan di kawasan Kampung Alai yang sudah tidak menyala pada waktu malam

Akhir sekali, diharap usaha-usaha yang dijalankan oleh YB Khoo Poay Tiong bersama-sama dengan pasukan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Melaka akan dapat diteruskan pada minggu-minggu yang akan datang demi menjamin kesejahteraan para penduduk di Parlimen Kota Melaka keseluruhannya.