Pertanyaan: Pengisytiharan pemilikan saham Azam Baki pada tahun 2015 – 2016

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2022

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN KHOO POAY TIONG [KOTA MELAKA]

SOALAN

Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) Adakah Tan Sri Azam Baki telah mengisytiharkan pemilikan saham di Syarikat Gets Global Berhad dan Excel Force MSC Berhad pada tahun 2015 – 2016 sepertimana yang diwajibkan dalam Peraturan 10 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 ; dan

(b) maklumat terperinci mengenai pengisytiharan tersebut, termasuklah jumlah, tarikh, dan pihak yang menerima pengisytiharan.

JAWAPAN

DIJAWAB OLEH YB DATUK DR. ABD LATIFF AHMAD MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (TUGAS-TUGAS KHAS)

Tuan Yang Di Pertua,

1. Adalah menjadi tanggungjawab setiap penjawat awam untuk mengisytiharkan harta kepada ketua jabatan masing-masing. Peraturan 10, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993] memperuntukkan bahawa semua pegawai awam hendaklah mengisytiharkan secara bertulis kepada Ketua Jabatan masing-masing segala harta yang dimiliki olehnya atau isteri atau suami atau anaknya atau yang dipegang oleh mana-mana orang bagi pihaknya atau bagi pihak isteri atau suaminya atau anaknya. Bagi pegawai-pegawai yang tidak berbuat demikian, tindakan tatatertib boleh diambil oleh Ketua Jabatan.

2. Bagi kes pegawai ini, beliau telah mengisytiharkan harta kepada Ketua Jabatan iaitu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada masa tersebut.

3. Untuk makluman Yang Berhormat, subperaturan 10(7) P.U. (A) 395/1993 memperuntukkan bahawa “Tiap-tiap perisytiharan di bawah subperaturan (1) hendaklah dikategorikan sebagai terperingkat dan tiap-tiap orang yang memperoleh maklumat di bawah peraturan ini tentang apa-apa perisytiharan sedemikian hendaklah mematuhi prosedur dan peraturan-peraturan berkaitan dengan pengurusan dokumen terperingkat Kerajaan.