MAKLUM BALAS TERHADAP KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH MELAKA TENGAH BERTARIKH 26 JUN 2021 MENGENAI ISU KOMPAUN BERHAMPIRAN ECONSAVE, TAMAN ANGKASA NURI

Saya merujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah (KPD) Melaka Tengah bertarikh 26 Jun 2021 mengenai isu saman yang dikeluarkan di sekatan raya di Jalan Angkasa Nuri/Batu Berendam terhadap seorang individu pada 13 Jun 2021.

Saya mengucapkan terima kasih kepada KPD atas maklumbalas yang diberikan. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Ketua Polis Negeri (KPN) atas keprihatinan beliau atas isu ini. Sejak kejadian tersebut berlaku, saya telah berhubung dengan KPD dan KPN untuk berbincang tentang isu tersebut bagi mencapai penyelesaian.

Berikut merupakan respon saya terhadap kenyataan media oleh KPD:

1. Isu yang berbangkit adalah bahawa individu tersebut menetap di Taman Desa Idaman, Durian Tunggal, dan pada hari kejadian beliau sedang menuju ke Econsave, Taman Angkasa Nuri. Kedua-dua tempat tersebut adalah terletak di daerah yang sama, iaitu daerah Alor Gajah.

2. Beliau dikatakan merentas daerah kerana jalan menuju ke premis Econsave terletak di sempadan daerah Alor Gajah dan daerah Melaka Tengah.

3. Perenggan ketiga kenyataan KPD menyatakan bahawa apabila ditanya ketika ditahan di sekatan jalan raya, individu tersebut dikatakan telah memberitahu bahawa beliau ingin ke rumah kakak di Taman Merdeka tanpa menyatakan untuk pergi ke Econsave bagi mendapatkan barang keperluan harian.

4. Terdapat percanggahan fakta di perenggan ketiga tersebut kerana:

(a) individu tersebut tidak mempunyai kakak yang tinggal di Taman Merdeka;

(b) menurut individu tersebut, beliau menyatakan bahawa ketika ditahan di sekatan jalan, beliau telah memberitahu pegawai polis yang bertugas bahawa beliau hendak pergi ke Econsave untuk membeli barang keperluan asas; dan

(c) beliau juga telah menyatakan bahawa setelah siap membeli barang keperluan di Econsave nanti, beliau akan pergi ke rumah adik perempuan beliau yang terletak di Taman Angkasa Nuri (daerah Alor Gajah), iaitu sehaluan dengan perjalanan pulang beliau ke rumah, bagi tujuan menyampaikan ubat-ubatan kepada adik perempuan beliau yang tidak boleh keluar rumah kerana perlu menjaga dua orang anak kecil. Beliau juga menyatakan bahawa beliau telah menunjukkan ubat dan menjelaskan perkara tersebut kepada pegawai polis yang bertugas.

5. Saya mengambil maklum cadangan KPD dalam perenggan kelima bahawa sekiranya individu tersebut tidak berpuashati, beliau boleh mengemukakan rayuan kepada pegawai kesihatan daerah untuk pengurangan bayaran kompaun.

Cadangan ini telah dilakukan oleh individu tersebut, tetapi pegawai kesihatan daerah hanya bersetuju untuk mengurangkan kompaun daripada RM5,000 kepada RM2,500. Jumlah kompaun ini adalah masih tinggi dan memberi tekanan besar kepada individu tersebut, khususnya dalam situasi ini di mana pergerakan beliau adalah untuk membeli barang keperluan asas.

6. Maka dengan ini saya berharap agar semua pihak boleh membuat pertimbangan yang selanjutnya. Seboleh-bolehnya, perkara ini hendaklah diselesaikan secara adil dan berpatutan dengan mengambil kira penjelasan-penjelasan yang telah diberikan.

Khoo Poay Tiong

Ahli Parlimen Kota Melaka

27 Jun 2021