Kota Melaka Minggu Ini: Misi Bantuan Banjir

Sepanjang minggu ini, YB Khoo Poay Tiong bersama-sama dengan pasukan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka terus menjalankan aktiviti kebajikan bagi membantu penduduk-penduduk di sekitar Parlimen Kota Melaka yang tidak bernasib baik.

Antara perkara utama yang telah dijalankan ialah membantu mangsa-mangsa banjir kilat di beberapa kawasan perumahan atau kampung-kampung dalam Parlimen Kota Melaka yang dinaiki air disebabkan oleh hujan lebat pada hari Rabu yang lepas.

YB Khoo Poay Tiong menyampaikan roti dan air mineral kepada penduduk di Taman Merdeka, Melaka

Sehubungan dengan itu, sejak hari Rabu yang lepas YB Khoo Poay Tiong telah turun sendiri meninjau keadaan di kawasan-kawasan yang ditimpa banjir serta menyampaikan bantuan makanan seperti roti dan air minuman kepada para penduduk yang terjejas keadaan mereka disebabkan oleh banjir di sekitar kawasan tempat tinggal mereka. Selain itu, pasukan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka juga turut membantu para penduduk membersih dan mengalihkan peralatan rumah masing-masing yang dinaiki air. Antara kawasan banjir kilat yang dilawati oleh YB Khoo Poay Tiong adalah seperti di Taman Merdeka (DUN Kesidang), Taman Tamby Chik Karim (DUN Kesidang) dan Pengakalan Rama Pantai (DUN Kota Laksamana).

Isu banjir kilat ini merupakan masalah turun termurun di Melaka serta memerlukan pembangunan infrastruktur serta proses naik taraf sistem perparitan di seluruh negeri Melaka. YB Khoo Poay Tiong sudah acap kali membangkitkan tentang isu naik taraf sistem perparitan di Melaka dan contohnya beliau membangkitkan tentang projek naik taraf pintu kawalan air Muara Sungai Melaka pada sesi kamar khas di Parlimen pada November 2020.

Pasukan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka bertungkus lumus membantu mengalihkan peralatan rumah salah seorang mangsa banjir di Taman Tamby Chik Karim, Melaka

Selain itu, Pegawai Perhubungan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka Encik Hairil Anuar Samat juga telah mewakili YB Khoo Poay Tiong bagi menziarahi para-para penduduk yang memerlukan bantuan kebajikan di sekitar Parlimen Kota Melaka.

Sumbangan kita makanan dan susu bayi telah disampaikan kepada lima buah keluarga yang masing-masing menetap di DUN Telok Mas dan DUN Duyong. Selain itu, aduan lain yang dibangkitkan oleh penduduk juga turut diambil dan diberikan perhatian bagi diajukan kepada badan-badan kerajaan yang berkaitan.

Encik Hairil Anuar Samat menyampaikan kit makanan kepada keluarga yang memerlukan di DUN Telok Mas
Encik Hairil Anuar bersama-sama dengan sukarelawan bersama-sama menyerahkan bantuan makanan kepada penduduk yang memerlukan di DUN Duyong

Disamping itu, Encik Hairil Anuar juga turut menziarahi beberapa penduduk di sekitar kawasan DUN Telok Mas dan DUN Duyong yang ditimpa penyakit kronik seperti strok serta terlantar. Sehubungan dengan itu, borang Jabatan Kebajikan Masyarakat juga turut diisi atas nama pesakit tersebut untuk disampaikan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan lanjut.

Akhir sekali, semoga usaha-usaha yang dijalankan oleh YB Khoo Poay Tiong dan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka dapat diteruskan pada minggu-minggu yang akan datang bagi terus memastikan kesejahteraan hidup penduduk di Parlimen Kota Melaka terus terbela.