Kota Melaka Food Bank menambah tuala wanita bagi keperluan wanita

(Melaka, 28) Penularan pandemik COVID-19 di negeri ini terus menunjukkan lonjakan, ekonomi masih lembap dan masih ramai yang terjejas pendapatan. Selain menyediakan bakul makanan, Kota Melaka Food Bank juga akan mula mengedarkan tuala wanita secara percuma kepada wanita yang memerlukan.

Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong mengatakan bahawa Kota Melaka Food Bank yang dikendalikan oleh pejabatnya telah menyediakan bakul makanan kepada individu dan keluarga yang terjejas sejak tahun lalu. Sebelum ini, lampin bayi, lampin dewasa dan lain-lain keperluan telah ditambah, dan kini tambahan terbaru ialah tuala wanita iaitu produk kebersihan wanita.

“Kami telah menghubungi beberapa individu yang menerima bantuan bakul makanan dan mendapati bahawa selain bakul makanan, mereka juga memerlukan tuala wanita. Memandangkan ketika ini mereka menghadapi masalah kewangan, maka sudah tentu tidak ada wang tambahan untuk membeli tuala wanita.”

Khoo Poay Tiong juga menyatakan bahawa menurut laporan khas yang dibacanya beberapa hari yang lalu, ramai keluarga yang pendapatannya terjejas membelanjakan wang yang ada bagi membeli makanan. Apabila mereka tidak mempunyai wang yang cukup, mereka tidak mampu membeli tuala wanitadan ini menyukarkan mereka untuk keluar rumah, ke sekolah, bekerja dan sebagainya.

“Bagi saya, makanan dan tuala wanita kedua-duanya merupakan keperluan. Kita perlu mempertimbangkan keperluan wanita dan tidak mengabaikan keperluan tersebut. Justeru, Kota Melaka Food Bank akan menyediakan tuala wanita kepada penerima mulai dari sekarang.”

Tambah Khoo Poay Tiong, beberapa wanita berasa segan untuk memberitahu ketika mereka bertanya apakah mereka mempunyai tuala wanita. Oleh itu, beliau secara khusus telah mengatur beberapa orang wanita, termasuk Teow Lee Yen, Naib Pengerusi Wanita DAP Melaka, Lee Wei Cheng dan Sharon Lee untuk mengedarkan keperluan tersebut.

“Ketika ini, beberapa individu dan syarikat perniagaan akan menyumbangkan sejumlah tuala wanita kepada Kota Melaka Food Bank. Sekiranya ada mana-mana individu atau syarikat perniagaan yang berhasrat untuk turut menyumbang, mereka dialu-alukan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian Perkhidmatan Parlimen Kota Melaka di 011-10660567. ”

Khoo Poay Tiong (2 dari kiri) dan anggota wanita yang bertanggungjawab mengatur pengedaran tuala wanita, dari kiri adalah Lee Wei Cheng, Teow Lee Yen, dan Sharon Lee.