Sekolah Menengah Kebangsaan Notre Dame telah menerima 72 set meja dan kerusi baru untuk kegunaan di bilik guru sekolah tersebut.
Perabot tersebut disumbangkan oleh ahli parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong, melalui pusat khidmat beliau.
“Sebelum ini, guru-guru di SMK Notre Dame terpaksa menggunakan meja-meja lama yang sudah terlalu buruk.
Maka, saya berharap sumbangan kecil saya ini dapat membantu para guru di sekolah bertugas dalam keadaan yang lebih selesa,” jelas beliau ketika melawat ke sekolah tersebut.

Kos membekalkan meja dan kerusi baru ini melibatkan perbelanjaan sebanyak RM20,000.
Poay Tiong turut menyatakan bahawa mana-mana sekolah yang memerlukan peruntukan untuk memperbaiki bangunan sekolah atau membeli peralatan boleh memohon melalui pejabat beliau.

