21 projek mengatasi masalah banjir di Kota Melaka

Sejumlah 21 projek telah dijalankan untuk membaikpulih dan memperbaiki jalan raya, sistem perparitan, dan longkang di kawasan parlimen Kota Melaka.

Projek-projek ini diperuntukkan oleh ahli parlimen Kota Melaka, YB Khoo Poay Tiong, melalui pusat khidmat beliau.

“Kita sedia maklum bahawa banjir kilat merupakan salah satu masalah utama yang dihadapi oleh penduduk di kawasan Kota Melaka. Ini disebabkan oleh infrastruktur yang sudah terlalu lama.

“Oleh itu, saya telah memperuntukan RM1.7 juta sepanjang tahun 2019 untuk menjalankan 21 projek infrastruktur banjir. Ini bersamaan dengan 50% daripada perbelanjaan keseluruhan peruntukan saya.

Projek-projek melibatkan kerja-kerja membaikpulih dan memperbaiki jalan raya, sistem perparitan, dan longkang,” jelas beliau.

YB Khoo juga berkata bahawa peruntukan ini berperanan sebagai pelengkap kepada rancangan pembangunan kerajaan.

“Projek-projek ini dijalankan di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi untuk banjir seperti di Taman Merdeka, persimpangan Jalan Syed Abdul Aziz Kota Laksamana, Kampung Balai Panjang, dan Tengkera Pantai.

“Ini membolehkan masalah dan keperluan rakyat setempat diselesaikan secara berkesan dan cekap,” ulas YB Khoo.

Dalam pembentangan belanjawan negeri Melaka 2020 yang lepas, Ketua Menteri YAB Adly Zahari turut menyatakan bahawa projek tebatan bajir sedang dijalankan sebagai penyelesaian jangka panjang masalah banjir.

Projek tebatan banjir tersebut berjumlah RM289 juta dan melibatkan kawasan Sungai Duyong, Bandar Jasin, Bandar Alor Gajah, dan Bandar Merlimau. Projek-projek ini dijangka siap menjelang tahun 2022.

Senarai 21 projek infrastruktur banjir di kawasan Kota Melaka

No. Kawasan Projek
1 Bachang (Kampung Enam) Menambahbaik struktur Perangkap Sampah Dan Kerja-Kerja Berkaiatan Di Rumah Pam
2 Jalan Batu Berendam Kerja Membaiki Longkang Rosak Dan Kerja-Kerja Berkaitan
3 Jalan Kampung Semabok Dalam Kerja-Kerja Pemasangan Longkang Konkrit Serta Kerja-Kerja Berkaitan
4 Jalan Limbongan Menaiktaraf Pembentung Dan Kerja Berkaitan
5 Jalan Mohd Zain (Taman Padang Balang) Kerja Menaiktaraf Longkang & Kerja-Kerja Berkaitan
6 Jalan Syed Abdul Aziz Kota Laksamana (Simpang Faithview) Kerja-Kerja Membaikpulih Sistem Perparitan Dan Aras Persimpangan
7 Kampung Balai Panjang Kerja-Kerja Menaiktaraf Longkang Dan Kerja Berkaitan
8 Kampung Balai Panjang Kerja-Kerja Menurap Semula Jalan Serta Kerja-Kerja Berkaitan
9 Kampung Balai Panjang (Lorong 5) Naiktaraf Longkang
10 Kampung Balai Panjang (Lorong Wahab) Kerja-Kerja Menurap Semula Jalan Serta Kerja-Kerja Berkaitan
11 Kampung Tengkera Pantai Kerja-Kerja Penyenggaraan Sistem Perparitan
12 Kampung Bkt Pegoh Menurap Kawasan Bangunan Darul Sunnah
13 Kampung Padang Temu kerja-Kerja Naiktaraf Dan Lain Lain Kerja Berkaitan
14 Durian Daun (Lorong HJ Samad) Kerja-Kerja Menurap Semula Jalan Serta Kerja-Kerja Berkaitan
15 Kesidang (Lorong Keluarga Yok Bin Mamat) Kerja-Kerja Menurap Semula Jalan Serta Kerja-Kerja Berkaitan
16 Pengkalan Rama Tengah Kerja-Kerja Menaiktaraf Longkang Dan Kerja Berkaitan
17 Pengkalan Rama Tengah Pemasangan Pam Selam Elektrik Dan Lain-Lain Kerja Yang Berkaitan Bagi Mengurangkan Risiko Banjir
18 Pengkalan Rama Tengah Kerja-kerja Penyelenggaraan Jalan Serta Kerja-Kerja Berkaitan
19 Malim (SJKC Malim) Meninggikan Dinding Longkang Dan Menurap Tanah
20 Taman Melaka Baru Menaiktaraf Longkang Dan Kerja-Kerja Berkaitan
21 Taman Merdeka (Jalan Tembusu 4,6,8,10) Kerja Menaiktaraf Longkang & Kerja-Kerja Berkaitan