5 Cadangan untuk Kerajaan Negeri Melaka

Setakat ini kerajaan negeri Melaka belum mengumumkan sebarang inisiatif khas sempena pelaksanaan semula PKP baru-baru ini. Seolah-olah tunggu dan lihat sahaja.

Negeri lain seperti Selangor dan Pulau Pinang telah mengumumkan inisiatif mereka.

Kita faham negeri Melaka lebih kecil dan oleh itu mungkin tidak mempunyai dana sebesar negeri lain. Namun, kerajaan negeri masih bertindak berdasarkan kemampuan tersendiri.

Berikut merupakan 5 cadangan saya untuk negeri kerajaan negeri Melaka:

1. Rebat 50% untuk pembaharuan lesen dan cukai pintu untuk perniagaan-perniagaan yang terkesan oleh PKP, khasnya mereka yang tidak dibenarkan beroperasi (seperti restoran, kedai gunting rambut, dan gym).

Peruntukan tambahan: RM3 juta dalam bentuk kekurangan hasil kepada negeri untuk tahun 2021.

2. Bantuan bakul makanan bagi mereka yang terputus punca pendapatan dan tidak dapat membeli makanan untuk keluarga.

Peruntukan tambahan: Tiada, kerana telah diperuntukkan dalam Belanjawan negeri 2021. Pelaksanaan hanya perlu disegerakan sempena PKP.

3. Saringan (testing) Covid-19 secara bersasar untuk golongan berisiko tinggi seperti warga emas dan pelajar yang perlu hadir ke sekolah.

Peruntukan tambahan: RM1.5 juta untuk 10,000 orang

4. Mengukuhkan ekosistem perniaga-peniaga kecil melalui geran dan skim mikrokredit bagi mereka yang hendak memulakan perniagaan kecil.

Peruntukan tambahan: RM1.5 juta untuk 1,000 peniaga kecil.

5. Kempen “digitalisation” sektor pelancongan bagi program-program pelancongan dijalankan secara atas talian. Contoh aktiviti online tour dan pemasaran produk tradisi melalui media sosial.

Peruntukan tambahan: RM1 juta untuk 50 aktiviti.

Secara keseluruhannya, cadangan-cadangan ini memerlukan sekitar RM7 juta untuk dilaksanakan. Saya rasa RM7 juta adalah sesuatu mampu dibuat oleh kerajaan negeri.

Yang penting ialah mencari usaha berterusan mengikut situasi dan kemampuan. Jika perlu, langkah-langkah lain boleh diambil lagi pada bulan berikutnya.