Bantahan terhadap larangan sukarelawan untuk membantu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Negeri Melaka

YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali

Pejabat Ketua Menteri

Tingkat 4 (Suite),

Blok Bendahara, Seri Negeri,

Hang Tuah Jaya,

Ayer Keroh 75450, Melaka

12 Julai 2021.

YAB Datuk Seri Utama,

Dengan segala hormatnya, kami merangkumi lima orang ahli parlimen dari Melaka memohon perhatian YAB Datuk Seri Utama terhadap perkara seperti yang dinyatakan di atas.

  1. Kami dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) yang bersidang pada 24 Jun 2021 telah membuat keputusan bahawa hanya sukarelawan yang berdaftar dengan MyVac sahaja dibenarkan untuk bertugas di PPV Negeri Melaka.

  1. Dengan ini, kami menyatakan bantahan terhadap keputusan tersebut. Keputusan ini adalah bercanggah dengan prinsip “whole of society” yang sering diutamakan oleh kerajaan persekutuan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

  1. Untuk makluman YAB Datuk Seri Utama, program sukarelawan MyVac mempunyai limitasi kerana birokrasi dan implikasi kewangan kepada kerajaan. Ahli-ahli parlimen telah turun meninjau ke PPV-PPV di Melaka sejak PICK bermula. Tinjauan kami mendapati terdapat kekurangan sukarelawan di PPV sehingga memberi kesan kepada kelancaran proses vaksinasi, khususnya kesesakan yang berlaku pada waktu pagi. Kami turut dimaklumkan oleh beberapa Ketua PPV bahawa mereka telah memohon untuk mendapatkan sukarelawan tambahan daripada MyVac tetapi tidak berjaya.

  1. Oleh itu, kami telah membantu mengerahkan beberapa sukarelawan daripada pejabat kami untuk membantu PPV yang terkesan. Proses ini melibatkan perbincangan dan persetujuan dengan Ketua PPV masing-masing yang turut mengalu-alukan bantuan tersebut kerana boleh melancarkan proses vaksinasi di PPV mereka.

  1. Selain itu, terdapat juga NGO-NGO lain yang membantu dari pelbagai aspek, contohnya untuk menghantar warga emas yang tiada kenderaan ke PPV dan memberi sumbangan aset kepada PPV.

  1. Sukarelawan daripada pusat khidmat kami dan NGO-NGO adalah tanpa bayaran dan boleh dikerah dengan kadar segera berdasarkan keperluaan PPV. Tugas yang dijalankan adalah secara professional dan tidak melibatkan sebarang unsur-unsur politik kerana PICK merupakan misi bersama seluruh rakyat Malaysia.

  1. Maka kami memohon perhatian dan pertimbangan semula YAB Datuk Seri Utama dalam isu ini. Cadangan kami adalah supaya ketua-ketua PPV diberikan kuasa untuk mendaftarkan sukarelawan tambahan secara terus tanpa perlu melalui MyVac. Ini adalah kerana ketua-ketua PPV dapat mengenalpasti keperluan PPV masing-masing dengan lebih tepat dan keputusan dapat dibuat dengan lebih efisyen.

  1. Perhatian dan pertimbangan YAB Datuk Seri Utama amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

YB DATUK WIRA MAS ERMIEYATI BINTI SAMSUDIN

Ahli Parlimen P134 Masjid Tanah

YB DATUK SERI MOHD REDZUAN BIN MD YUSOF

Ahli Parlimen P135 Alor Gajah

YB RUSNAH BINTI ALUAI

Ahli Parlimen P136 Tangga Batu

YB DATUK SERI SHAMSUL ISKANDAR

Ahli Parlimen P137 Hang Tuah Jaya

YB KHOO POAY TIONG

Ahli Parlimen P138 Kota Melaka

s.k.

YB Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba

Menteri Kesihatan

YB Khairy Jamaluddin

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi