反对党也承诺将会承认统考

针对我本月24日在国会的演说,我提及了政府承认独中统考文凭的课题。

承认独中统考文凭将有助于我国迈向有素质的教育,及国家宪法授予人民拥有教育选择权的权力。

承认统考文凭并不会影响马来文做为国语的政策,因为独中教育同样也非常注重马来文的教学和考试,而且希盟政府也同意把考生必须在大马教育文凭(SPM)的马来文考获优等列为首要条件。

身为一名国会议员,我全力支持强化马来文的诉求,并呼吁教育部能够拟定策略,以强化国语,包括也可从独中统考文凭下手。

此外,统考文凭的承认也不会和国家教育政策出现冲突,因为国家教育政策也已经包含了各源流学校及私人学校。

随着时代的发展,额外学习及掌握一项语言并不是新鲜事,因此统考文凭应该让学生感到这是一项优势和光荣。从教学角度来看,独中统考文凭中的历史科目比例为马来西亚历史(57%)及世界史(43%)。

独中统考文凭的承认工作不应该被政治化,因此它也获得了反对党的认同。反对党国阵及马华也在第14届全国大选的竞选宣言中列明将会承认杜仲统考;而伊斯兰党也同样在第13届全国大选把承认独中统考列为民联的竞选宣言(橙皮书)中。砂拉越的砂拉越政党联盟也同样在该州的公务员制度内承认统考文凭。

事实上,独中统考文凭的议题如今已经发展成热门课题,因为国阵及马华已把它政治化,但是却又无法承认。国阵及马华在过去的61年都无法解决这个问题,如今轮到希望联盟成为执政的一方,马华却一直催促政府承认统考,但是其盟友巫统却拒绝承认统考。

有鉴于此,如今已经是希盟政府向国阵及马华展示如何解决这一项课题,因此我吁请政府能够如竞选宣言中的承诺,尽快承认统考文凭。

邱培栋
马六甲市区国会议员

UEC Turut Pernah Diiktiraf oleh Pihak Pembangkang

Dalam ucapan saya di parlimen pada 24 Julai 2018, saya telah membangkitkan isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu, atau yang lebih dikenali sebagai UEC.

Pengiktirafan UEC ialah suatu langkah progesif terhadap pengiktirafan pendidikan berkualiti, dan hak untuk pendidikan, tanpa diskriminasi seperti yang terperuntuk dalam Perlembagaan Persekutuan.

UEC, pemerkasaan Bahasa Kebangsaan, dan Dasar Pendidikan Kebangsaan

Pengiktirafan UEC tidak bercanggah dengan objektif kerajaan untuk memperkasa Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan. Ini adalah kerana kurikulum UEC juga menitikberatkan pembelajaran dan peperiksaan Bahasa Malaysia. Selain itu, Kerajaan Pakatan Harapan telah menyatakan bahawa pengiktirafan UEC adalah dengan syarat wajib, iaitu memiliki kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia di peringkat SPM.

Sebagai seorang Ahli Parlimen, saya menyokong penuh tuntutan untuk memperkasa Bahasa Malaysia, dan menyeru Kementerian Pendidikan untuk terus mengolah strategi-strategi untuk memperkasakan Bahasa Kebangsaan kita, termasuklah melalui UEC.

Selain itu, pengiktirafan UEC juga tidak bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK). Ini adalah kerana DPK mengiktiraf kepelbagaian jenis sekolah, termasuk sekolah-sekolah vernakular dan sekolah-sekolah swasta, dan kepelbagaian bahasa, termasuk Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, dan bahasa-bahasa ibunda.

Penguasaan bahasa-bahasa bukan saling eksklusif, dan oleh itu UEC wajar dilihat sebagai suatu kekuatan dan kebanggaan yang dimiliki oleh masyarkat di negara ini. Dari segi kurikulum, pelajar-pelajar UEC turut mempelajari mata pelajaran sejarah yang mengandungi 57% sejarah Malaysia dan 43% sejarah Dunia.

Pihak pembangkang juga pernah bersetuju mengiktiraf UEC

Isu pengiktirafan UEC tidak harus dipolitikkan, kerana ia juga pernah dipersetujui oleh pihak pembangkang. Contohnya, pihak Barisan Nasional dan MCA turut menyatakan dalam manifesto PRU14 mereka bahawa UEC akan diiktiraf. Pada PRU13 juga, parti PAS bersetuju dengan pengiktirafan UEC kerana ia terkandung dalam manifesto Buku Jingga oleh Pakatan Rakyat. Di Sarawak, Gabungan Parti Sarawak (GPS) telahpun mengiktiraf UEC di sistem perkhidmatan Sarawak.

Isu UEC telah menjadi isu yang hangat kerana kerajaan lepas yang diterajui oleh BN dan MCA mempolitikkannya, berdolak-dalih, dan gagal mengambil langkah untuk mengiktiraf UEC. Pihak BN dan MCA telah gagal menyelesaikan isu ini walaupun telah memerintah melebihi 60 tahun. Sekarang setelah Pakatan Harapan menjadi Kerajaan, MCA mendesak untuk mempercepatkan pengiktirafan UEC, manakala UMNO menolak pengiktirafan UEC untuk mempolitikkan isu ini.

Oleh yang demikian, kini sudah tiba masanya untuk kerajaan Pakatan Harapan menunjukkan kepada pihak BN dan MCA bagaimana untuk menyelesaikan isu ini. Saya menyeru kepada Kerajaan agar mengambil langkah yang selaras dengan manifesto kita untuk mengiktiraf UEC.

Khoo Poay Tiong
Ahli Parlimen Kota Melaka