Terima kasih, Bapa.

Seseorang bapa biasanya ialah ketua rumah. Memikul tanggungjawab yang besar.

Terutama sekali dalam keadaan Covid-19, para bapa berperanan lebih besar. Perlu mencari wang menampung keluarga dan mengharungi pelbagai cabaran. Perlu melindungi anak-anak daripada bahaya di luar sana.

Pada pagi ini, sempena Hari Bapa, saya melawat seorang rakan saya yang bernama Raju.

Beliau seorang pesara tentera laut. Sebelum wabak Covid-19 melanda, beliau bekerja di syarikat pelancongan. Sejak wabak bermula, terpaksa menjadi pemandu e-hailing.

Malangnya, baru-baru ini beliau terjatuh ketika cuba memperbaiki bumbung di rumah. Isteri beliau bekerja sebagai tukang bersih di sebuah kolej, tetapi baru-baru ini juga terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Anak bekerja di kedai cuci kereta. Tetapi sekarang PKP, terpaksa tutup dan tiada kerja. Anak perempuan baru tamat pelajaran dan sedang mencari kerja.

Memang cabaran yang amat besar bagi seisi keluarga.

Walaubagaimanapun, hidup perlu diteruskan. Saya amat terharu dengan ketabahan dan kecekalan keluarga ini untuk terus berusaha. Di samping menyampaikan sedikit bantuan makanan melalui Food Bank Kota Melaka, saya berdoa agar mereka sekeluarga sentiasa sihat dan terus berusaha.