Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia Perlu Pastikan Perjalanan Pilihan Raya negeri Melaka yang Selamat dan Adil

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah mengumumkan Pilihan raya negeri Melaka bakal diadakan pada 20 November 2021. 

Pelbagai pihak telah menyuarakan kebimbangan terhadap pilihan raya negeri yang bakal diadakan disebabkan oleh faktor negara sedang cuba untuk pulih daripada penularan wabak Covid-19. Namun, kita tidak mempunyai banyak pilihan. Rakyat Melaka telah dipaksa untuk menghadapi situasi ini disebabkan oleh percaturan politik oleh 4 orang Ahli Dewan Undangan Negeri yang menarik sokongan mereka terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali. 

Pada waktu ini keutamaan perlu ditumpukan untuk memastikan pilihan raya negeri dapat diadakan dalam keadaan yang selamat serta adil dan bersih. Namun yang demikian, SPR dan pihak kerajaan tidak melakukan banyak reformasi proses pilihan raya sejak 3 tahun yang lalu sejurus daripada Pilihan Raya Umum ke-14.

Salah satu perkara yang selalu saya bangkitkan di parlimen adalah berkenaan dengan status laporan pelan reformasi pilihan raya Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini menyatakan sebuah jawatankuasa khas kabinet untuk reformasi pilihan raya telah ditubuhkan namun jawatankuasa khas yang diketuai Azmin Ali tidak mempunyai sebarang perkembangan yang memberangsangkan. 

Baru-baru ini saya telah mencadangkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas berkenaan agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (saya merupakan salah seorang ahli) untuk memanggil Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia untuk bertanyakan mengenai persiapan bagi mengadakan pilihan raya sewaktu penularan pandemik Covid-19. Perkara ini juga tidak berlaku. 

Jumlah keluar undi dijangka bakal menurun disebabkan oleh kerisauan rakyat terhadap Covid-19 dan rasa tawar hati mereka terhadap politik Malaysia. Semua pemegang taruh termasuk pihak kerajaan, Suruhanjaya Pilihan Raya, parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) perlu bekerjasama bagi memperkukuhkan keyakinan rakyat dalam proses pilihan raya. 

Suruhanjaya Pilihan Raya memainkan peranan penting dalam memastikan pilihan raya yang selamat, adil dan bersih. Isu-isu yang berikut memerlukan perhatian segera berkenaan dengan pilihan raya negeri Melaka. 

1.UNDI18 dan Pendaftaran Pengundi Automatik (AVR)

Ketidakadilan paling besar dalam pilihan raya negeri pada kali ini ialah UNDI18 dan Pendaftaran Pengundi Automatik tidak dapat dilaksanakan walaupun pindaan perlembagaan telah berkuat kuasa lebih dari 2 tahun. Kesannya, 151,961 pengundi bakal kehilangan hak perlembagaan mereka bagi mengundi pada pilihan raya negeri Melaka yang akan datang. Jumlah ini mewakili 30% jumlah pengundi sedia ada.

Suruhanjaya Pilihan Raya perlu bertanggungjawab di atas kegagalan untuk melaksanakan UNDI18 dan Pendaftaran Pengundi Automatik pada masa yang ditetapkan. Suruhanjaya Pilihan Raya perlu mengambil tindakan segera bagi melaksanakan UNDI18 dan AVR untuk negeri Melaka sebelum pilihan raya negeri dan tidak memberikan sebarang alasan lagi. 

2. Prosedur Operasi Standard yang teratur

Suruhanjaya Pilihan Raya perlu memastikan perjalanan keseluruhan pilihan raya adalah selamat dan berpandukan kepada protokol kesihatan awam. Berdasarkan pengalaman di Sabah, SOP yang dikeluarkan tidak dikuatkuasakan. Jumlah kehadiran adalah ramai sewaktu kempen dan tiadanya penjarakan fizikal yang teratur di sesetengah pusat mengundi. 

Suruhanjaya Pilihan Raya perlu menyemak semula pusat mengundi sedia ada untuk memastikan ianya masih lagi sesuai untuk digunakan. Pada pilihan raya umum yang lalu, terdapat beberapa pusat pengundian terutama sekali di kawasan bandar yang dipenuhi dengan jumlah pengundi yang beratur menanti giliran mereka.

Suruhanjaya Pilihan Raya perlu menyediakan pusat-pusat pengundian yang baru bagi mengawal para pengundi yang hadir pada pilihan raya dengan lebih baik. Setiap laluan mengundi di pusat pengundian perlulah mempunyai sistem pengudaraan yang bagus untuk mengurangkan risiko penyebaran wabak melalui udara.

3. Kempen

Calon-calon dan parti-parti politik perlu mengubah cara berkempen. Ceramah dengan kehadiran hadirin yang ramai adalah tidak digalakkan disebabkan oleh kerisauan awam mengenai Covid-19. Untuk memudahkan cara berkempen yang baharu, Suruhanjaya Pilihan Raya perlu memastikan akses yang saksama kepada semua stesen televisyen dan radio nasional buat semua parti.

4. Undi Pos

SPR telah mengumumkan undi pos dibenarkan kepada rakyat Malaysia yang menetap di luar negara. Sekatan sebelum ini dikenakan terhadap pengundi yang menetap di selatan Thailand, Singapura, Brunei, Kalimantan, Indonesia telah dikeluarkan. Keputusan ini amatlah disambut baik  bagi membolehkan lebih ramai pengundi untuk mengundi. 

Namun yang demikian, SPR perlu memastikan undi pos dihantar dan dikembalikan mengikut masa yang ditetapkan. Pada masa lalu, terdapat beberapa insiden yang menyaksikan pengundi hanya menerima kertas undi mereka selepas pilihan raya. Sehubungan dengan itu,  ada langkah-langkah yang mencukupi perlu diwujudkan untuk memastikan proses pengundian pos tidak dimanipulasi.

5. Lompat Parti

Undang-undang anti-lompat parti yang sudah dicadangkan masih lagi belum dilaksanakan. Aktiviti lompat parti boleh sahaja terjadi selepas pilihan raya negeri Melaka terutama sekali jika keputusan pilihan raya hanya ada perbezaan yang sedikit. Jika perkara ini terjadi, kita akan pulang semula kepada masalah asal. 

Sebagai langkah sementara, semua calon perlu menandatangani surat akuan secara sukarela dalam bentuk pengisytiharan supaya mereka tidak melompat daripada parti yang mereka wakili sewaktu pilihan raya.  

Khoo Poay Tiong

Ahli Parlimen Kota Melaka