KOTA MELAKA, 12 MEI 2020 – Sempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka mengambil kesempatan bagi menyampaikan barang keperluan makanan kepada keluarga-keluarga yang kurang berkemampuan di sekitar Parlimen Kota Melaka.
Sumbangan ini diberikan kepada 100 penerima yang merupakan penduduk di kawasan Parlimen Kota Melaka.
Inisiatif ini sudah dijalankan sejak tahun-tahun yang sudah, namun tahun ini aktiviti ini dijalankan dengan lebih sederhana dan ringkas disebabkan penularan wabak Covid-19.


Sumbangan-sumbangan ini disampaikan sendiri oleh YB Khoo Poay Tiong bersama-sama dengan kerjasama rakan-rakan ARiF negeri Melaka.
“Saya berharap sumbangan yang disampikan ini dapat meringankan beban keluarga-keluarga yang terjejas sumber pendapatan mereka disebabkan oleh penularan wabak Covid-19” kata Poay Tiong.
Tambah beliau lagi, jutaan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan ARiF negeri Melaka yang bertungkus-lumus bagi menjayakan inisiatif ini.


