Soalan Lazim Perintah Kawalan Pergerakan

1. Nama Perintah

Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order).

2. Tempoh Masa

Perintah ini berkuat kuasa dari 18 – 31 Mac 2020.

3. Liputan Kawasan Perintah

Perintah ini terpakai di seluruh Malaysia.

4. Kuat kuasa Undang-undang

Perintah ini disandarkan pada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

5. Arahan-Arahan dalam Perintah Kawalan Pergerakan

Terdapat 6 arahan yang terkandung dalam Perintah Kawalan Pergerakan ini iaitu:
i. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya;
ii. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara;
iii. Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara;
iv. Penutupan semua Taska, Sekolah Kerajaan dan swasta dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti;
v. Penutupan semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swata serta Institut Latihan Kemahiran di seluruh negara; dan
vi. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (essential services).

6. Adakah majlis keraian/ perkahwinan/ kenduri atau sebagainya boleh diadakan?

Upacara pernikahan boleh dilaksanakan dengan tidak melibatkan kehadiran ramai. Bagi majlis persandingan dan resepsi serta majlis lain, disarankan untuk ditangguhkan sehingga isu penularan Covid-19 di Malaysia tamat.

7. Adakah Perintah Kawalan Pergerakan mempunyai tempoh waktu tertentu sepanjang 18 – 31/3/2020?

Tidak. Perintah ini berkuatkuasa setiap masa tanpa tempoh waktu tertentu.

8. Sekiranya barang keperluan habis, adakah boleh keluar membeli dan terus balik?

Ya.

9. Saya merupakan seorang warganegara Malaysia dan suami saya merupakan warganegara UK. Adakah kami dibenarkan pulang ke Malaysia dalam tempoh sekatan ini?

Boleh dengan syarat pasangan boleh membuktikan kesahan perkahwinan tersebut sama ada didaftarkan dengan Kerajaan Malaysia atau Kerajaan negara asal. Pasangan perlu melaksanakan pemeriksaan kesihatan dan kuarantin secara sukarela (self-quarantine) bagi mengurangkan kebarangkalian dijangkiti atau menyebarkan jangkitan kepada orang lain.

10. Anak saya yang merupakan seorang pelajar di institusi luar negara. Adakah beliau dibenarkan pulang ke Malaysia?

Dibenarkan. Mana-mana rakyat Malaysia yang sedang berada di luar negara boleh pulang dalam tempoh sekatan ini. Walau bagaimanapun, individu tersebut perlu melaksanakan pemeriksaan kesihatan dan kuarantin secara sukarela (self quarantine) bagi mengurangkan kebarangkalian dijangkiti atau menyebarkan jangkitan kepada orang lain.

11. Saya merupakan pemegang pas jangka masa panjang di Malaysia dan telah pulang ke negara asal saya sebelum Perintah ini dikeluarkan. Adakah saya dibenarkan untuk kembali ke Malaysia bagi tujuan kerja semasa tempoh sekatan ini?

Hanya imigran asing yang bekerja di dalam sektor perkhidmatan penting negara (essential services) sahaja yang dibenarkan masuk semula ke Malaysia dalam tempoh sekatan ini. Imigran asing tersebut perlu mendapatkan satu surat pengesahan daripada majikan masing – masing dan perlu dikemukakan kepada Jabatan Imigresen Malaysia semasa berada di pintu masuk.

12. Saya bekerja di Singapura. Adakah saya dibenarkan untuk berulang alik ke pejabat di Singapura?

Tidak. Perintah Kawalan Pergerakan adalah terpakai kepada semua individu yang berada di dalam negara. Dalam hal ini, atas dasar keselamatan komuniti, mana-mana individu yang bekerja di negara jiran tetapi tinggal di Malaysia adalah tidak dibenarkan untuk keluar masuk secara harian dan dipohon untuk memaklumkan kepada majikan masing – masing berkenaan perkara ini.

13. Saya telah membuat perancangan untuk bercuti di Malaysia dan telah membuat pembayaran sepatutnya. Adakah saya masih boleh meneruskan percutian saya?

Di bawah Perintah Kawalan Pergerakan, orang ramai dilarang untuk pergi ke mana-mana tempat termasuklah pusat peranginan untuk aktiviti sosial dan sekiranya kunjungan tersebut tidak melibatkan perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan penting negara. Anda dinasihatkan tidak meneruskan percutian anda.

14. Bolehkah saya memandu ke lapangan terbang untuk mengambil rakan yang baru pulang dari luar negara atau saudara yang bekerja dalam sektor berkaitan perkhidmatan penting negara?

Pergi ke satu tempat dengan cepat dan ringkas adalah dibenarkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan.

15. Adakah sekolah perlu melaksanakan kelas ganti?

Tidak perlu.

16. Adakah kelas pengajian dan semua aktiviti yang melibatkan pelajar IPT awam dan swasta serta Institut Latihan Kemahiran tertakluk kepada Perintah Kawalan Pergerakan?

Ya.

17. Bagaimana dengan pelajar yang menginap di fasiliti IPT awam dan swasta khususnya pelajar luar negara?

Semua pelajar IPT awam dan swasta perlu diarahkan kembali ke kediaman masing-masing sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Pelajar luar negara dinasihatkan pulang ke negara asal dalam tempoh ini. Pelajar yang pulang ke negara asal tidak dibenarkan kembali ke Malaysia sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa. Pelajar asing yang mengambil keputusan untuk terus berada di negara ini dan menginap di fasiliti IPT awam dan swasta perlu melapor kepada pihak pengurusan IPT dan tertakluk kepada Perintah yang berkuat kuasa.

18. Adakah kedai makanan seperti makanan segera, restoran atau pusat makanan penjaja boleh dibuka?

Kedai makanan boleh dibuka tetapi hanya untuk makanan yang dibawa pulang sahaja atau melalui perkhidmatan penghantaran oleh syarikat tertentu seperti Grab Food atau Food Panda.

19. Adakah pengangkutan awam seperti Bas, LRT, MRT, KTM boleh beroperasi?

Semua perkhidmatan pengangkutan awam diteruskan dalam tempoh perintah kawalan ini berkuatkuasa.

20. Saya telah membayar penginapan saya di hotel untuk bercuti sebelum Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan. Adakah saya boleh meminta wang saya dikembalikan?

Orang ramai digalakkan untuk berbincang terus dengan pihak hotel dalam urusan pengembalian wang yang telah dibayar bagi tempahan yang telah dibuat sebelum Perintah ini diumumkan.

21. Sekiranya berlaku kematian di rumah (bukan pesakit Covid-19), adakah solat jenazah dan tahlil dibenarkan?

Boleh diuruskan dengan waris terdekat sahaja bersama khariah masjid/surau sahaja. Solat jenazah sahaja tanpa tahlil.

Frequently Asked Questions (FAQs) on the Movement Control Order

1. Name of Order

Movement Control Order (Perintah Kawalan Pergerakan)

2. Duration

This order is in force from 18 – 31 March 2020.

3. Coverage

This order is enforced across Malaysia.

4. Legal Force

Prevention and Control of Infectious Diseases Act 1988

5.  Restrictions under the Movement Control Order

There are 6 restrictions under the Movement Control Order, i.e.:
i. Prohibition on all mass gathering including religious, sports, social, and cultural activities
ii. Restriction on Malaysians to travel overseas;
iii. Restrictions on tourist and foreign visitors from entering Malaysia;
iv. Closure of all kindergartens, schools, and all other learning institutions are the primary, secondary, and pre-university level;
v. Closure of all private and public higher education institutions, and Skills Training Institutes (ILK) in the country;
vi. Closure of all government and private premises, except those involved in providing essential services.

6. Are celebrations, weddings, are banquets and others allowed?

Solemnisation ceremonies (pernikahan) can be done if it does not involve a large crowd. For wedding receptions and other events, it is advisable to postpone these until the spread of Covid-19 in Malaysia ends.

7. Is there a fixed time period for when the control order is enforced?

No. The order is in force all day during the period.

8. If my essential supplies run out, can I go out to buy things and then go back?

Yes

9. I am a Malaysian citizen and my spouse is a UK citizen. Are we allowed to return to Malaysia during this restriction period?

Yes, on the condition that your partner can prove the legitimacy of the marriage, whether it is registered with the Malaysian government or the origin country’s government. The partner must go through health screening and self-quarantine to reduce the risk of infection and spreading the infection to others.

10. My child is a student in an overseas institution. Can they return to Malaysia?

Yes. Any Malaysian citizens abroad are allowed to return during this restriction period. However, that individual must go through health screening and self-quarantine to reduce the risk of infection and spreading the infection to others.

11. I am a long-term visa holder in Malaysia and I have returned to my home country before this order was issued. Am I allowed to return to Malaysia for work in this restricted period?

Only migrants working in essential services sectors are allowed to return to Malaysia during the restriction period. The migrant must obtain a confirmation letter from their employers, which must then be produced to the Immigration Department at the point of entry.

12. I work in Singapore. Am I allowed to travel to my office in Singapore?

No. The movement control order applies to all individuals in this country. All individuals working in neighbouring countries but live in Malaysia are not allowed to travel during the period and should inform their employers accordingly.

13. I have planned to go on a domestic holiday and have made the necessary payments. Can I continue with my holiday?

Under the movement control order, the public is restricted from going anywhere including holiday areas for social activities and if the visit is not related to important national services. You are advised to not proceed with the holiday.

14. Can I drive to the airport to fetch someone who has returned from abroad, and that person is working in a sector which provides essential services?

Going to place for a short while is allowed under the Movement Control Order.

15. Do schools have to replace suspended classes?

No.

16. Do all public and private institutes of higher learning and training centres come under the order?

Yes.

17. What about students staying in hostels provided by their institutions, especially foreign students?

All students are required to stay in their residences during the control order period.

Foreign students are advised to return to their home countries during this period. Students who leave are not allowed to return during the control order period.

Foreign students who decide to stay in Malaysia must report to the management of their institutions and adhere to the control order.

18. Can fast food outlets, restaurants or hawker centres continue to operate?

Yes. But they are only allowed to conduct take-out orders or food delivery orders.

19. Will public transport networks still operate?

Yes.

20. I’ve paid for my hotel stay before the order was imposed. Can I ask for a refund?

The public is encouraged to discuss the matter with the hotel directly.

21. Are solat jenazah and tahlil prayers allowed?

Yes, for solat jenazah only. This must be conducted by close family members and mosque or surau congregation.