Skandal pembayaran balik GST menunjukkan betapa teruknya ketidakjujuran kerajaan lama

Saya merujuk kepada kenyataan media oleh Dato Sri Subromaniam Tholasy, Ketua Pengarah Kastam bertarikh 10 Ogos mengenai isu pembayaran balik GST dan Tabung Amanah.

Kenyataan beliau mengesahkan bahawa wang rakyat dan peniaga-peniaga telah dirompak dan disalahgunakan, seperti mana yang didedahkan oleh Menteri Kewangan di Parlimen pada minggu lepas.

Mengikut Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (2014), semua wang yang dikutip melalui GST akan dimasukkan ke dalam Akaun Kumpulan Wang Disatukan (Consolidated Fund). Pada setiap bulan, wang yang diperlukan untuk tuntutan pembayaran balik (refund) perlu dipindahkan ke dalam Tabung Amanah supaya pihak Kastam boleh melaksanakan proses pembayaran balik.

Keengganan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar, untuk meluluskan pindahan wang pembayaran balik ke dalam Tabung Amanah yang telah dipohon oleh Kastam telah menyebabkan para peniaga terlambat atau tidak langsung menerima pembayaran balik berjumlah RM19.4 bilion. Ini boleh disahkan oleh saya sendiri kerana banyak peniaga telah membuat aduan kepada saya, dan ada yang telah menunggu melebihi dua tahun.

Perkara ini sangat serius dan merupakan suatu pecah amanah (breach of trust) oleh kerajaan yang lama kerana wang pembayaran balik bukan milik kerajaan. Ia hanya dipegang secara sementara oleh kerajaan dan perlu dikembalikan kepada peniaga.

Kegagalan untuk membuat pembayaran balik telah menyebabkan peniaga rugi dari segi “cost of capital” akibat daripada kekurangan cashflow. Ramai yang terpaksa menaikkan harga barangan kerana perkara ini, dan ada juga yang terpaksa tutup kedai. Pada masa yang sama, kerajaan lama telah menipu wang rakyat dan menerima “free financing” kerana RM19.4 billion tersebut adalah wang modal yang tidak perlu dibayar faedah.

Pada minggu lalu, ahli-ahli parlimen Barisan Nasional telah mempertahankan sistem GST dengan begitu semangat sekali kerana dikatakan lebih efisyen. Walaubagaimanapun, kejadian ini menunjukkan bahawa tidak kira betapa efisyennya sistem tersebut, ia tetap boleh disalahgunakan untuk menipu rakyat jika pemimpin tidak jujur dan amanah.

Kenyataan-kenyataan oleh Menteri Kewangan dan Kastam telah menunjukkan betapa seriusnya perkara ini. Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar tidak boleh lagi berbuat bodoh dan harus tampil memberikan penjelasan mengapa beliau tidak meluluskan permohonan bayar balik oleh Kastam. Khasnya, Tan Sri Irwan Serigar perlu menyatakan sama ada keengganan atau kelakuan melambatkan pembayaran balik ini merupakan arahan daripada bekas Menteri Kewangan dan Perdana Menteri.

Saya juga menyeru kepada pihak polis, SPRM, dan Jabatan Peguam negeri untuk menjalakan penyiasatan secepat mungkin dan mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab.

Selain itu, saya menyeru kepada Kementerian Kewangan untuk mencari penyelesaian kepada masalah ini secepat mungkin sebelum SST diperkenalkan. Para peniaga dan rakyat telah dirompak dan ditipu buat begitu lama, dan oleh itu tidak patut dipermangsakan lagi.

Khoo Poay Tiong
Ahli Parlimen Kota Melaka

The GST refund scandal show how dishonest and malicious the previous government was

I refer to the media statement dated 10 Ogos by Dato Sri Subromaniam Tholasy, the Director General of Customs on the issue of GST refunds and its Trust Fund.

The statement confirmed that monies belonging to the people and businesses had indeed been stolen and misused, as exposed by the Finance Minister in Parliament last week.

According to the Goods and Services Tax Act 2014, all monies collected from GST must be transferred to the government’s Consolidated Fund. Every month, monies required for GST tax refunds must be transferred to the Trust Fund so that the Customs can make the payments.

The refusal oleh former Treasury Secretary General, Tan Sri Mohd Irwan Serigar, to approve the transfer to the Trust Fund as requested by the Customs has caused lateness or failure in refunding RM19.4 billion to businesses. This can be supported by my own experience where many businesses have raised complaint to me, and some have been waiting for more than two years.

This issue is very serious and is a breach of trust by the former government, because the refund monies do not belong to the government. They are held temporarily by the government in trust and must be returned to the rightful businesses.

Failure to refund the input tax has cause losses to businesses, in the form of “cost of capital” because their cashflows are affected. A lot of businesses had to raise prices because of this, and some had to totally shut down. At the same time, the former government has cheated the people and benefited from “free financing” because the RM19.4 billion is capital which required no interest.

Last week, Members of Parliament from Barisan Nasional vigorously defended the GST tax system because it was deemed to be more efficient. However, this incident shows that no matter how efficient a taxation system is, it will still be misused to cheat the people if the leaders are not honest and trustworthy.

The statement by the Finance Minister and Customs showed the seriousness of the matter. Former Treasury Secretary General, Tan Sri Mohd Irwan Serigar, must stop acting dumb and come forward to explain why he did not approve the refunds requested by the Customs. In particular, he must state whether or that the refusal or deliberate delay in GST refunds was an instruction from the former Finance Minister and Prime Minister.

I also urge the police, MACC, and Attorney General’s Chambers to conduct immediate investigation and take action against those responsible.

In addition, I urge the Finance Ministry to find swift solution to this problem, before the SST is introduced. The businesses and people have been robbed and cheated for a long time, and therefore they should no longer be made victims.

Khoo Poay Tiong
Ahli Parlimen Kota Melaka