PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2022
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN KHOO POAY TIONG [KOTA MELAKA]
SOALAN
TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) tarikh persaraan wajib tujuh ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sedia ada; dan
(b) apakah kriteria dan proses yang digunakan oleh Kerajaan dalam mencalonkan pelantikan ahli-ahli SPR baharu kepada Yang diPertuan Agong.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
(a) Tarikh Persaraan Wajib Ahli SPR Sedia Ada
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, selaras dengan Perkara 114 (3), Perlembagaan Persekutuan, seseorang anggota Suruhanjaya Pilihan Raya adalah terhenti daripada memegang jawatan apabila mencapai umur 66 tahun atau apabila hilangan kelayakan di bawah Fasal (4) atau pada bila-bila masa meletakkan jawatan. Tarikh persaraan anggota SPR sedia ada apabila mencapai umur 66 tahun selaras dengan Perkara 114(3), Perlembagaan Persekutuan adalah seperti berikut:

(b) Kriteria dan Proses Pelantikan Ahli SPR
Untuk makluman Ahli Yang Berhomat, pelantikan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia adalah melalui Perkara 114(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan yang memenuhi keperluan sepertimana yang dinyatakan dalam Perkara 114(3) dan (4) Perlembagaan Persekutuan seperti berikut:
(i) Anggota SPR yang dilantik belum mencapai umur enam puluh enam tahun; dan
(ii) Anggota SPR yang dilantik tidak boleh bankrap, melibatkan diri dalam apa-apa jawatan/pekerjaan berbayar di luar tugas jawatannya atau menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen atau Dewan Undangan sesuatu Negeri.
Sekian, terima kasih.

