PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2022
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN KHOO POAY TIONG [KOTA MELAKA]
SOALAN
TUAN KHOO POAY TIONG minta MENTERI KESIHATAN menyatakan secara terperinci senarai nama Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega yang beroperasi semasa Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, termasuklah lokasi, nama pemilik, jumlah bayaran sewa dan penanggung bayaran sewa untuk setiap lokasi PPV Mega tersebut.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. PPV Mega adalah merujuk kepada pusat pemberian vaksin yang mempunyai kapasiti pemberian vaksin harian sebanyak 3,000 dos ke atas.
2. Terdapat sebanyak 41 buah PPV Mega yang melibatkan pengamal perubatan swasta (PPS) di seluruh negara. Untuk makluman, semua PPV-PPV Mega di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) ini telah ditutup pada bulan Oktober 2021. Senarai PPV Mega adalah seperti berikut:

3. Berhubung pelaksanaan PPV di negeri-negeri yang dahulunya diselaraskan oleh pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), perkara ini diuruskan oleh pihak Kerajaan Negeri masingmasing melalui platform CITF di peringkat negeri. Anggaran kos vaksinasi adalah RM14 seorang penerima vaksin yang dibayar kepada pengamal perubatan swasta.
4. Manakala, anggaran kos penetapan PPV Mega adalah tidak melebihi RM15 seorang yang meliputi kos sewaan, kos utiliti, perkakasan untuk pengoperasian PPV sebagai contoh laptop, kerusi meja, fotostat, cubicle vaksinasi, sistem nombor giliran, bahan pakai habis (borang akuan, alat tulis, face shield, face mask, sanitizer dan sebagainya), perkhidmatan pembersihan dan sanitasi serta makan minum petugas yang dibiayai oleh CITF.
5. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KKM telah mengaktifkan sebanyak 4 buah PPV mega di Lembah Klang sejak 15 Januari 2022 bagi tujuan pemberian dos penggalak iaitu seperti berikut:
a. PPV World Trade Centre, Kuala Lumpur;
b. PPV Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur;
c. PPV Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam; dan
d. PPV Soka Gakkai, Klang.
Sekian, terima kasih.

