Penyiasatan dan Tindakan Terhadap Skandal-skandal Wajar Diteruskan di Semua Peringkat

Kenyataan Media
20 Jun 2018

Sejak mengambil alih tampuk pemerintahan, kerajaan Pakatan Harapan di peringkat persekutuan telah membuat penyiasatan dan pendedahan terhadap pelbagai skandal dan salah laku oleh kerajaan yang lepas.

Ini termasuklah skandal-skandal seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER), projek tenaga solar sekolah-sekolah di Sarawak, penjualan tanah DBKL, penyelewengan di MINDEF, dan pembukaan semula kes NFC.

Saya meyokong dasar kerajaan persekutuan untuk menyiasat dan mendedahkan skandal-skandal tersebut. Tindakan ini adalah penting untuk mewujudkan sistem pentadbiran baru yang terbuka dan telus. Ia juga membolehkan kerajaan dan rakyat Malaysia mendapatkan gambaran sebenar tentang keadaan kewangan dan ekonomi negara, dan supaya jalan penyelesaian yang betul boleh diambil.

Di peringkat negeri Melaka, pendekatan yang sama wajar diambil oleh kerajaan negeri. Saya menyeru Kerajaan Negeri agar mengkaji semula dan menjalankan siasatan terperinci terhadap projek-projek mega oleh kerajaan yang lepas – seperti projek Melaka Gateway, Melaka Monorel, projek Sungai Melaka, dan kes rasuah peringkat pihak berkuasa tempatan.

Terutamanya dalam projek Melaka Gateway, geran status pegangan bebas (freehold) telah diberikan kepada pihak pemaju pada 21 April 2015. Ini berlaku walaupun tanah tersebut belum wujud lagi pada ketika itu kerana kerja-kerja penambakan laut masih belum bermula. Melaka Gateway pada permulaannya disasar untuk dibuka pada 2018, tetapi masih belum disiapkan sehingga kini.

Perkara-perkara ini perlu terus disiasat dengan segera oleh Kerajaan Negeri Melaka untuk tujuan akauntabiliti. Tindakan perlu diambil terhadap mana-mana pihak ataupun pemimpin lepas yang didapati menyalahgunakan kuasa dalam projek-projek.

YB Khoo Poay Tiong
Ahli Parlimen P138 Kota Melaka