Peniaga kecil dan PKS perlu diutamakan

Pagi tadi saya singgah di sebuah kedai untuk membeli sarapan.

Tuan kedai kata mulai esok, beliau tidak akan buka kedai, kerana business kurang baik dan risau jumlah kes yang semakin meningkat.

Beliau terpaksa menampung kerugian kerana masih perlu bayar gaji pekerja dan sewa kedai.

Saya rasa ramai lagi peniaga kecil yang mengalami masalah ini dalam ketika PKP.

Di Malaysia, 98% daripada perniagaan ialah Perusahan Kecil Sederhana (PKS/SME). Mereka mengaji lebih 7 juta pekerja di negara ini.

PKS tidak seperti syarikat besar yang mempunyai keupayaan bertahan dalam keadaan ekonomi yang merosot sekian lama.

Dalam keadaan sedemikian, kerajaan memainkan peranan yang penting bagi melindungi dan memelihara peniaga-peniaga kecil, khususnya SME.

Di peringkat kerajaan persekutuan, belum diumumkan lagi apa-apa dasar untuk melindungi sektor ekonomi dan PKS untuk beberapa bulan akan datang.

Di peringkat kerajaan negeri Melaka juga tiada apa-apa khabar. Di Pulau Pinang, kerajaan negeri telah meluluskan dana sebanyak RM20 juta untuk menghadapi PKP kali ini.

Negeri Melaka mungkin tidak mempunyai kapasiti kewangan seperti Pulau Pinang, tetapi saya rasa ada banyak lagi langkah-langkah yang boleh diambil.

Contohnya, saya mencadangkan supaya caj pembaharuan lesen-lesen perniagaan dan cukai pintu untuk peniaga-peniaga kecil boleh diberi diskaun sebanyak 50%. Bangunan-bangunan milik kerajaan atau GLC pula boleh memberi rebate bayaran sewa secara bersasar.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Dalam keadaan susah, kerajaan perlu susah bersama dengan rakyat.