Penangguhan skim mySalam untuk golongan M40 menafikan perlindungan kesihatan kepada lebih 3 juta rakyat

Saya merujuk kepada jawapan Timbalan Menteri Kewangan kepada soalan saya pada 18 Ogos 2020 di parlimen mengenai status pelaksanaan skim mySalam untuk golongan M40.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, skim mySalam sepatutnya diperluaskan kepada golongan berpendapatan M40 mulai tahun ini. Proses pendaftaran telah berlangsung dari bulan Februari 2020 sehingga 31 Mac 2020.

Walaubagaimanapun, mereka yang telah mendaftar belum mendapat apa-apa maklumat lanjut, dan website mySalam menyatakan bahawa skim mySalam untuk M40 telah ditangguhkan.

Timbalan Menteri telah mengesahkan penangguhan skim mySalam untuk golongan M40 di parlimen pada 18 Ogos 2020.

Perkara ini amat dikesali kerana ia bermakna lebih 3 juta rakyat M40 tidak dapat menikmati faedah perlindungan kesihatan percuma yang diberikan oleh mySalam.

Setakat ini, jumlah pampasan yang telah dinikmati oleh rakyat melalui mySalam ialah sebanyak RM31.757 juta.

Walaubagaimanapun, jumlah peruntukan premium untuk skim mySalam ialah sebanyak RM2 bilion untuk tempoh 5 tahun. Ini bermakna peruntukan mySalam belum digunakan sepenuhnya kerana kadar tuntutan masih rendah, memandangkan skim ini masih baharu.

Oleh itu, perluasan skim mySalam kepada golongan M40 penting untuk memanfaatkan sepenuhnya peruntukan ini demi kebaikan rakyat.

Timbalan Menteri menyatakan bahawa penangguhan tersebut disebabkan oleh isu perundangan yang belum diselesaikan.

Saya berpendapat bahawa alasan ini kurang munasabah kerana proses pendaftaran mySalam untuk golongan M40 telah dijalankan tanpa bantahan daripada kerajaan atau pihak pengendali.

Selain itu, saya telah bertanya kepada Timbalan Menteri sama ada kerajaan boleh memberi jaminan bahawa mySalam akan diteruskan dan bilakah masalah perundangan ini dapat diselesaikan.

Malangnya, Timbalan Menteri gagal menjawab persoalan tersebut.

Skim mySalam merupakan sebuah inisiatif baik yang memanfaatkan rakyat, terutamanya apabila mereka menghadapi masalah kesihatan. Saya menyeru kepada kerajaan agar tidak mempolitikkan inisiatif ini hanya kerana ia dimulakan oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Kerajaan sekarang harus mengambil langkah segera untuk menyelesaikan isu-isu berbangkit supaya lebih ramai rakyat yang boleh menerima manfaat mySalam.

Khoo Poay Tiong
Ahli Parlimen Kota Melaka