Pelantikan semula wakil-wakil parti politik sebagai merupakan langkah positif untuk meningkatkan kadar pendaftaran pemilih

Saya merujuk kepada soalan parlimen saya bertarikh 1 Julai 2019. Saya mengalu-alukan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengembalikan pelantikan wakil-wakil parti politik sebagai Penolong Pendaftar Pemilih (PPP).

Pada tahun 2011, terdapat 5,720 PPP yang dilantik oleh SPR untuk membantu dalam urusan pendaftaran pemilih. Tetapi, pada tahun 2017, hanya tertinggal 205 PPP sahaja kerana SPR yang lama tidak mahu melanjutkan atau membuat perlantikan yang baru, terutamanya dari kalangan wakil parti politik.

Kesannya, ramai rakyat Malaysia menghadapi masalah untuk mendaftar sebagai pemilih semasa pilihan raya umum yang lepas. Mereka terpaksa pergi ke pejabat pos atau pejabat SPR semasa waktu bekerja. Terdapat juga situasi di mana borang pendaftaran tidak mencukupi.

SPR juga telah memberikan data terkini mengenai pendaftaran pemilih dalam jawapan mereka kepada soalan saya. Pada tahun 2018, jumlah pemilih yang berjaya didaftarkan ialah seramai 216,705 pemilih. Untuk suku pertama tahun 2019 (Jan – Mac), jumlah pendaftaran hanyalah seramai 26,136 pemilih.

Kadar pendaftaran pemilih sebegini adalah terlalu rendah jika dilihat bersama dengan jumlah pemilih yang masih belum mendaftar. Pada ketika ini, dianggarkan terdapat lebih 4 juta pemilih yang layak tetapi masih belum mendaftar, iaitu melebihi 20% daripada jumlah pengundi yang layak.

Selain itu, usul untuk menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun bakal dibentangkan di parlimen minggu ini. Jika diluluskan, perkara ini akan memberi kelayakan mengundi kepada 3.8 juta belia, dan oleh ini meningkatkan lagi jumlah pemilih yang tidak berdaftar.

Anggaran pendaftaran pengundi

Jumlah pengundi berdaftar PRU14: 14.9 juta
Jumlah pengundi sedia ada yang masih belum berdaftar: 4.0 juta
Penambahan pengundi yang layak selepas penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun: 3.8 juta

Maka, saya mengalu-alukan keputusan SPR untuk mengembalikan pelantikan PPP dari kalangan wakil parti politik. Keputusan ini ialah satu langkah positif untuk memudahkan urusan pendaftaran pemilih dan mengelakkan perdaftaran secara tergesa-gesa pada saat-saat akhir sebelum pilihan raya.

SPR juga menyatakan bahawa mereka sedang mengemas kini Standard Operating Procedure sebelum pelantikan tersebut dapat dilaksanakan. Perkara ini adalah penting untuk memastikan proses pendaftaran pemilih tidak dimanipulasi atau disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, sepertimana yang pernah berlaku sebelum ini.

Sememangnya, pelaksanaan sistem pendaftaran automatic adalah langkah terbaik untuk jangka masa panjang. Walaubagaimanapun, sementara kita menunggu pelaksanaan sistem perdaftaran automatic, SPR dan semua pihak perlu membantu mendaftarkan pemilih supaya mereka boleh menunaikan hak mengundi apabila tiba masanya.

Khoo Poay Tiong
Ahli Parlimen Kota Melaka

Reappointment of ARO from political parties a positive step towards increasing voter registration

I refer to the recent reply to my parliamentary question on 1 July 2019. I welcome the Election Commission (EC) decision to reappoint political party representatives as Assistant Registrar Officers (AROs).

In 2011, there were 5,720 AROs appointed by the EC to assist in voter registration. However, in 2017, there were only 205 AROs left because the previous EC did not want to extend of appoint new ones, especially representatives from political parties.

As a result, many Malaysians faced difficulties to register as voters before the last general elections. They were left frustrated as they had to go to post offices or the EC offices to register during working hours. In some cases, there were insufficient registration forms.

The EC has also provided some recent data on voter registration in the reply to my question. In 2018, the total number of voters registered was 216,705 voters. For the first quarter 2019 (Jan – March) the number of voters registered was only 26,136 voters.

Such rate of voter registration is too low when compared to the number of unregistered voters. At present, there are approximately 4 million eligible but unregistered voters, which is over 20% of total eligible voters.

Additionally, parliament will be debating on the motion to lower the voting age to 18 years old this week. If passed, this is estimated to further add 3.8 million eligible voters.

Voter registration estimates

Total registered voters in GE14: 14.9 mil
Total existing unregistered voters in 2019: 4.0 mil
Increase in eligible voters after the lowering of voting age to 18 years old: 3.8 mil

Therefore, I welcome the EC decision to restore the appointment AROs from political parties. This is a positive step towards making voter registration more convenient and to avoid a last-minute rush just before elections.

The EC also stated that they are in the midst of updating the corresponding Standard Operating Procedures before the new are AROs appointed. This is important to ensure that the voter registration system is not abused or manipulated by irresponsible parties, as has happened previously.

The best long-term solution would be to institute automatic voter registration. However, while we wait the eventual implementation of such system, the EC and all stakeholders must proactively assist in voter registration so that voters can exercise their democratic rights when the time comes.

Khoo Poay Tiong
MP Kota Melaka

政府及选委会未来将会恢复政党助理选民登记注册员的政策

马六甲8日讯 马六甲市区国会议员邱培栋表示,政府及选委会未来将会恢复政党助理选民登记注册员的政策,这有助于减少许多民众仍未注册为选民的问题。

邱培栋说,根据他在国会所获得的答复显示,政府目前正在拟定指南,以恢复以前允许政党能够自行协助选民进行登

记,减低选委会及政府的负担。

邱培栋今日发文告时表示,本身对于政府要恢复政党助理选民登记注册员的政策深感欢迎。

他透露,我国在2011年时有5720名助理选民登记注册员,但是直到2017年时只剩下205名罢了,主要原因是因为选委会当年不再继续委任任何新的助理选民登记注册员,特别是政党的代表。

邱培栋说,这也导致了上届全国大选出现许多符合资格的选民仍未登记为选民,根据数据,2018年成功登记为选民的人数只有21万6705人,而今年一至三月只有2万6136名民众成功登记为选民。

他说,此数据和仍未登记为选民的数据相比,仍有非常大的差别,目前仍有400万人民仍未注册为选民,也占了总选民人数的逾20%。

此外,邱培栋也看好中央政府即将在国会提呈降低投票年龄至18岁的动议,因为这将让380万名青年拥有投票权。

尽管如此,邱培栋也强调,行动党及政府的终极目标是要实施自动登记选民的政策,不剥夺任何一名大马公民的投票权。