Pelaksanaan dan perancangan jangka masa panjang diperlukan

Semalam, kerajaan telah mengumumkan pakej prihatin tambahan, khusus untuk meringankan beban kewangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
 
Khasnya, Program Subsidi Upah telah diperluaskan supaya pekerja tidak hilang pekerjaan.
 
Selain itu, Geran Khas Prihatin turut diwujudkan untuk peniaga atau syarikat mikro. Melalui geran khas ini, RM3,000 akan diberikan kepada 700,000 PKS micro yang layak.
 
Pengumuman langkah tambahan tersebut amat dialu-alukan. Saya berharap ia akan dapat menstabilkan ekonomi negara kita untuk jangka masa panjang.
 
Pada masa yang sama, saya berpendapat dua perkara penting perlu diberi perhatian oleh kerajaan.
 
(1) Pelaksanaan. Inisiatif-inisiatif yang diumumkan perlu dilaksanakan dengan berkesan, cekap, dan bersih. Jika tidak, banyak kekeliruan dan masalah akan timbul.
 
Sebagai contoh, Geran Khas Prihatin hanya diperuntukkan untuk 700,000 PKS micro. Bagaimanakah kerajaan akan memastikan ia diberikan secara adil dan berkesan? Ini penting kerana sudah pasti terdapat lebih daripada 700,000 yang akan memohon. PKS micro ini termasuklah gerai-gerai dan penjaja kecil.
 
Skim BPN juga ada banyak lagi kekeliruan yang berbangkit. Sebagai contoh, ada individu yang telah diberhentikan kerja pada bulan Februari, tetapi status BPN tidak layak kerana pendapatan mereka tahun lepas adalah melebihi RM4,000. Isu-isu seperti ini harus diselesaikan segera.
 
(2) Perancangan jangka masa panjang. Kerajaan perlu proaktif dan mula merancang strategy ekonomi kita untuk jangka masa panjang. Ini adalah kerana walaupun wabak Covid-19 mungkin akan pulih tahun ini, kesan ekonomi dijangkakan akan berlanjutan untuk 1-2 tahun.
 
Lebih-lebih lagi, kesan ini adalah di peringkat seluruh dunia. Banyak rangkaian bekalan (supply chain) global akan terjejas, kemungkinan termasukkan dari segi bekalan makanan.
 
Apakah strategi jangka masa panjang kita dalam isu ini? Adakah kita tumpukan perhatian kepada PKS? Adakah sektor-sektor utama yang harus diberi perhatian?
 
Maka, perkara-perkara ini perlu diteliti di peringkat dasar, dan ia wajar dimulakan sekarang.