1. Semalam saya meninjau ke pasar malam di Kampung Lapan. Para peniaga pasar malam diberi notis dan diminta tutup kedai.
2. Kerajaan persekutuan telah membuat pengumuman pada 6 Jun 2020, iaitu 11 (SEBELAS) hari yang lalu, bahawa bahawa pasar malam boleh mula beroperasi mulai 15 Jun.
3. Tetapi di Melaka masih TIDAK dibenarkan. Sebab yang diberikan ialah perlu memperhalusi SOP.
4. SOP di diperingkat persekutuan telah dikeluarkan oleh MKN. Boleh rujuk https://bit.ly/30VelVL
5. Pada 9 Jun, iaitu 8 (LAPAN) hari yang lalu, Ketua Menteri berkata “pasar malam dan bazaria juga akan dibenarkan beroperasi berkuat kuasa bermula pada 15 Jun 2020 tertakluk kepada SOP yang akan diselaraskan oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Negeri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar pada 11 Jun 2020.” Tarikh 11 Jun 2020 ialah 6 (ENAM) hari yang lalu.
6. Saya berharap Ketua Menteri Melaka akan keluarkan SOP untuk pasar malam hari ini juga supaya para peniaga boleh beroperasi. Setiap hari ia dilambatkan, semakin tertekan hidup peniaga kecil.
7. Saya telah nyatakan sebelum ini bahawa Ketua Menteri perlu proaktif. PKP telah berlangsung selama 3 bulan. Sepatutnya perihal SOP dan perancangan pembukaan semula ekonomi telah dilakukan sejak awal lagi.
8. Perkara ini sangat mengecewakan dan menyedihkan. Perkara ini ialah soal kepentingan hidup untuk ratusan peniaga-peniaga kecil yang bergantung kepada pasar malam. Mereka sudah tidak dapat berniaga selama 3 bulan.
9. Wang BPN hanya untuk dua bulan. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri tiada bantuan lain yang dapat menampung kehidupan mereka secara terus.
10. Bayangkan tekanan hidup yang dihadapi oleh seorang peniaga yang perlu cari makan menampung anak-anak. Bawa sewa, bayar bil elektrik, beli makanan…

