Melaka Mengambil Langkah Progresif Mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk Perkhidmatan Awam

Kenyataan Media
30 Jun 2018

Melaka Mengambil Langkah Progresif Mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk Perkhidmatan Awam

Saya mengalu-alukan pengumuman YAB Adly Zahari, Ketua Menteri Melaka, mengenai pengiktirafan kelayakan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) oleh Kerajaan Negeri.

Sebagai langkah pertama, Kerajaan Negeri Melaka akan mengiktiraf UEC sebagai kelayakan untuk perkhidmatan awam negeri. Dasar ini akan terus dikaji dan dilanjutkan untuk meliputi aspek lain seperti pendidikan dan syarikat milik kerajaan dalam masa terdekat.

Tindakan oleh Kerajaan Negeri Melaka ini ialah suatu langkah progesif terhadap pengiktirafan pendidikan berkualiti. UEC diiktiraf secara meluas oleh university-universiti antarabangsa, dan pengiktirafan untuk kelayakan perkhidmatan awam ini akan mengembangkan bakat tenaga kerja sedia ada untuk Kerajaan Negeri.

Dalam masa kurang daripadan dua bulan sejak mengambil alih tampuk kepimpinan, Kerajaan Negeri Melaka telah berjaya melakukan apa yang Barisan Nasional dan MCA gagal untuk lakukan dalam 60 tahun untuk isu UEC. Isu UEC dan pendidik vernakular tidak wajar dipolitikkan, kerana hak untuk pendidikan, tanpa diskriminasi, adalah hak yang terperuntuk dalam Perlembagaan Persekutuan.

Di peringkat Kerajaan Persekutuan, saya menyeru agar kerajaan turut menyusul dan mengambil langkah segera untuk mengiktiraf UEC. Di dalam manifesto Pakatan Harapan, kami telah berjanji untuk mengiktiraf UEC agar ia setaraf dengan syarat am kelayakan sedia ada untuk kemasukan ke institusi-institusi pengajian awam (IPTA). Kerajaan juga wajar mengkaji dengan lebih lanjut mengenai cadangan untuk turut mengiktiraf UEC untuk kelayakan perkhidmatan awam di peringkat persekutuan.

YB KHOO POAY TIONG
AHLI PARLIMEN KOTA MELAKA