Lim Guan Eng telah mengeluarkan surat tuntutan peguam kepada Ghazale bin Muhamad, Timbalan Speaker DUN Melaka yang juga merangkap ADUN Rim daripada parti UMNO.
Isu ini berkaitan dengan sebuah kenyataan oleh Ghazale di laman Facebook pada 11 Ogos 2020: https://www.facebook.com/ghazale.muhamad/posts/3534201369979149
Di dalam post tersebut, Ghazale menuduh Lim Guan Eng menubuhkan pasukan “Pegawai Khas” seramai 30 orang ketika beliau menjadi Menteri Kewangan. Ghazale menuduh bahawa kesemua 30 orang ini pemuda cina berumur 20-30 tahun dan dibayar RM8000 – RM15,000 sebulan.
Kenyataan tersebut juga berbaur perkauman dan menuduh Lim Guan Eng menjual aset negara.
Kenyataan Ghazale sememangnya palsu dan fitnah. Seperti biasa, ini merupakan taktik untuk menghasut orang ramai untuk membenci Lim Guan Eng dan DAP.
Sebelum ini, Ghazale juga telah menyebarkan berita palsu dan memfitnah Teo Nie Ching. Ghazale menuduh bahawa Teo Nie Ching menuntut kerakyatan untuk kanak-kanak luar negara untuk mengimbangkan jumlah penduduk Bumiputera dan bukan Bumiputera di Malaysia.
Pada 29 Julai 2020, Ghazale telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Teo Nie Ching selepas beliau memulakan tindakan undang-undang. Akan tetapi, Ghazale jelas belum insaf dan masih meneruskan tabiat buruknya dalam fitnah terkini terhadap Lim Guan Eng.
Kes-kes tersebut menunjukkan bahawa Ghazale ialah seorang kaki fitnah dan penyebar berita palsu yang kronik. Kelakuan sebegini tidak berpatutan dengan jawatannya sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka. Ghazale sepatutnya beretika, bersikap benar, dan tidak berat sebelah dalam tingkah laku sebagai Timbalan Speaker.
Ghazale harus menarik balik kenyataan palsu tersebut dengan serta-merta dan memohon maaf secara terbuka kepada Lim Guan Eng.
Walaubagaimanapun, orang ramai tidak akan lupa akan rekod beliau sebagai kaki fitnah dan penyebar berita palsu dalam kes-kes tersebut.