Kita bersama-sama memerangi Covid-19

MELAKA: Dalam tempoh 12 hari yang lepas, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka telah menghantar melebihi 80 orang warga emas dan OKU yang tiada pengangkutan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk mendapatkan temu janji vaksin mereka.

Pada masa yang sama, program ini juga membantu rakyat yang kehilangan pendapatan semasa pandemik Covid-19 ini dengan mengupah mereka sebagai pemandu untuk membawa warga emas tersebut ke PPV.

Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong mengatakan bahawa bantuan ini adalah untuk memastikan rakyat di kawasan Kota Melaka tidak ketinggalan untuk mendapatkan vaksin.

Khoo dan ADUN Kota Laksamana, Low Chee Leong, turut membantu menghantar mereka ke PPV supaya lebih memahami masalah yang dihadapi mereka.

“Saya berharap rakyat jangan melepaskan peluang untuk divaksinasi walaupun tiada pengangkutan atau telah dihantar ke PPV yang jauh,” Khoo kata.

Jika perlu bantuan pengangkutan ke PPV, rakyat boleh menghubungi Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka dua hari sebelum vaksinasi. Keutamaan diberikan kepada warga emas atau OKU tanpa pengangkutan.

Untuk memohon bantuan pengangkutan, sila hubungi 014 – 669 7285. Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka akan mengaturkan pengangkutan kepada anda untuk hadir ke PPV.