Kerajaan yang lalu bukan sahaja telah merompak wang pembayaran balik GST sebanyak RM19.4 billion malah telah merosakkan ekonomi negara dan melanggar kepercayaan yang diberikan oleh pembayar cukai

Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai isu pembayaran balik cukai GST belum lagi dibentangkan di parlimen, tetapi pihak pembangkang telah memberi respon yang begitu bersemangat sekali.

Sebagai contoh, Khairy Jamaluddin telah menyatakan bahawa beliau akan membawa suatu usul terhadap Menteri Kewangan Lim Guan Eng kerana kononnya mengelirukan dewan mengenai isu rompakan wang pembayaranan balik cukai GST. Alangkah baiknya jika pihak pembangkang menunjukkan semangat sebegini untuk mempersoal Najib Razak mengenai kelewatan pembayaran balik cukai GST ketika mereka dalam kerajaan.

Apabila PAC membentangkan laporan tersebut pada minggu hadapan, rakyat Malaysia wajar ingat semula bahawa kerajaan yang lalu bukan sahaja telah merompak wang pembayaran balik GST sebanyak RM19.4 billion malah telah merosakkan ekonomi negara dan melanggar kepercayaan yang diberikan oleh pembayar cukai.

Akta GST 2014 mewajibkan kerajaan untuk membayar balik cukai input GST kepada pembayar cukai dalam masa 14 hari selepas borang-borang berkaitan telah dikemukakan. Hakikatnya, kerajaan yang lalu tidak melunaskan tanggungjawab ini dan telah melambatkan proses pembayaran balik, ada yang sehingga 2 tahun.

Kegagalan dan kelewatan membayar balik cukai input GST untuk tempoh yang begitu lama merupakan suatu rompakan kerana pada asasnya wang pembayar cukai telah ditahan dan diambil secara paksa, tidak kira bagaimanakah wang tersebut digunakan kemudian.

Akibatnya, lebih daripada 120,000 syarikat dan individu dalam sektor perniagaan telah terkesan. Mereka menghadapi masalah aliran tunai yang serius, dan ini juga merupakan salah satu sebabnya mengapa harga barang-barangan telah naik ketika era GST.

Sejak membentuk kerajaan yang baru, PH dan Menteri Kewangan telah menunjukkan komitment untuk menyelesaikan masalah ini. Sehingga 30 April 2019, RM9.5 billion telah dibayar balik kepada pembayar GST, sekali gus menunaikan amanah yang gagal dilakukan oleh kerajaan lepas.

Najib, Khairy, dan pihak pembangkan tidak boleh berpura-pura untuk tidak memahami kesusahan yang dihadapi oleh pembayar cukai. Sehingga hari ini, mereka masih belum mengaku atau mengambil tanggungjawab dalam masalah pembayaran balik cukai GST ini.

Khoo Poay Tiong
Ahli Parlimen Kota Melaka

The previous government had not only stolen the RM19.4 billion meant for GST refunds but had also breached the trust of tax payers and damaged our economy.

The Public Accounts Committee’s (PAC) report on the issue of GST refund has not been tabled yet in parliament, but the opposition has reacted so enthusiastic to it.

For example, Khairy Jamaluddin, has stated that he will file a motion to sanction Finance Minister Lim Guan Eng for allegedly misleading the house on the GST refund robbery. If only the opposition were equally enthusiastic to sanction Najib Razak on the delays when they were the government.

When the PAC report is tabled next week, Malaysians should recall that the previous administration had not only stolen the RM19.4 billion meant for GST refunds but had also breached the trust of tax payers and damaged our economy.

The GST Act 2014 requires the government to refund the GST input tax to the tax payers within 14 days after the relevant papers are filed. However, it is a known fact that the previous administration did not honour this provision and instead chose to delay the payment of refund, some even up to 2 years.

The failure and delay to refund the GST input tax for such a long period of time is nothing short of a robbery because the previous administration was effectively taking and withholding money from tax payers by force, regardless of what the money was eventually used for.

As a result, over 120,000 companies and individuals in the business sector were affected. They were faced with serious cash flow problems, and this also directly contributed to the sharp rise of cost of goods during the GST era.

Since forming the new government, PH and the Finance Minister has shown strong commitment to resolve this issue. As of 30 April 2019, RM9.5 billion has been refunded to the GST registrants, thus honouring what the previous administration has failed to do.

Najib, Khairy, and the rest of the opposition cannot be ignorant of the above and pretending not to understand the plight of the tax payers on the ground. Till today, they have not admitted and taken any responsibility on the GST refund problem.

Khoo Poay Tiong
MP Kota Melaka