Kerajaan perlu memastikan proses pencalonan dan pelantikan ahli SPR yang baharu adalah adil dan telus

Kenyataan Media

23 Mac 2022

Pertanyaan saya di parlimen pada 22 Mac 2022, iaitu berkenaan tarikh persaraan wajib ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menunjukkan bahawa terdapat dua orang ahli SPR yang akan bersara secara wajib pada tahun ini.

Dua orang ahli SPR yang berkenaan ialah: (1) Dato’ Awang Sahari yang akan bersara pada 25 November 2022; dan (2) Dato’ Chin Phaik Yoong yang akan bersara pada 25 Disember 2022. Ini adalah selaras dengan Perkara 114(3) Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan seseorang ahli SPR untuk bersara apabila mencapai umur 66 tahun.

Persaraan wajib dua ahli SPR ini akan menimbulkan keperluan untuk melantik dua orang ahli SPR yang baharu.

Menurut Perkara 114 (1) Perlembagaan Persekutuan, ahli-ahli SPR hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Namun dalam sistem demokrasi berparlimen, pihak kerajaan akan mengemukakan calon-calon ahli SPR baharu kepada Yang di-Pertuan Agong untuk proses lantikan.

Oleh itu, kerajaan perlu menjelaskan apakah kaedah dan proses yang digunakan untuk mengenalpasti dan mencalonkan ahli-ahli SPR yang baharu kepada Yang di-Pertuan Agong.

Kerajaan perlu memastikan proses pencalonan tersebut dilaksanakan secara adil dan terbuka. Sebuah Jawatankuasa Khas perlu ditubuhkan untuk tujuan ini, dan jawatankuasa tersebut hendaklah dianggotai oleh individu-individu yang bebas daripada pengaruh politik.

Proses pelantikan dan calon-calon juga hendaklah diteliti oleh parlimen melalui Jawatankuasa Pilihan Khas Agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri, dan pandangan jawatankuasa ini perlu dipatuhi oleh kerajaan

Perkara 114 (2) menyatakan bahawa ahli-ahli SPR yang dilantik hendaklah mendapat kepercayaan awam. Kriteria ini sangat penting kerana jika SPR tidak mendapat kepercayaan awam, integriti proses pilihan raya juga akan terjejas lalu melemahkan sistem demokrasi di Malaysia.

Ahli SPR yang baharu hanya akan mendapat kepercayaan awam jika mereka dilantik melalui suatu proses pencalonan dan lantikan yang kukuh. Proses tersebut wajar dimulakan sekarang dengan penglibatan semua pemegang taruh, dan bukannya ditunggu sehingga saat-saat terakhir.

Khoo Poay Tiong
Ahli Parlimen Kota Melaka