Jika tiada keperluan mendesak, jangan keluarkan simpanan KWSP

Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong, menyeru kepada orang ramai supaya membuat pertimbangan dengan teliti sebelum memohon pengeluaran daripada simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) supaya tidak menjejaskan pesaraan mereka pada masa hadapan.

Beliau berkata bahawa orang ramai tidak digalakkan untuk mengeluarkan wang tersebut melainkan benar-benar memerlukannya untuk tujuan kecemasan.

“Dengan andaian kadar dividend 5.5% setahun, simpanan RM10,000 tersebut akan bertambah menjadi RM29,966 dalam masa 20 tahun jika tidak dikeluarkan,” ujar beliau.

Selain itu, Khoo juga mencadangkan kepada mereka yang telah mengeluarkan wang daripada KWSP supaya membuat caruman tambahan secara sukarela pada masa hadapan setelah situasi mereka menjadi lebih stabil, supaya jumlah simpanan mereka boleh dipulihkan demi masa hadapan.

Keputusan kerajaan untuk membenarkan pengeluaran KWSP berulang-kali menunjukkan kegagalan kerajaan untuk membantu rakyat. Rakyat terpaksa menggunakan wang simpanan pesaraan mereka untuk meneruskan hidup.

“Menurut Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC) Universiti Malaya, 84.6% daripada responden yang telah mengeluarkan wang simpanan melalui kemudahan i-Lesterai dan 76.8% melalui i-Sinar telah membelanjakan wang tersebut untuk perbelanjaan harian.

Khoo juga berkata melalui skim-skim pengeluaran ini, KWSP terpaksa menjualkan aset pelaburan mereka dan ini akan memberi kesan kepada pulangan dividen kepada semua ahli.

Beliau berpendapat bahawa kerajaan perlu berusaha untuk memperbaiki situasi ekonomi tempatan supaya lebih banyak peluang pekerjaan yang baik dapat diwujudkan.