Bantuan makanan Food Bank Kota Melaka untuk PKP2.0 kini dibuka untuk permohonan. Kita akan sumbang bakul makanan asas kepada mereka yang kehilangan pendapatan ketika PKP2.0 ini.
Permohonan di:
www.kotamelaka.com/FoodBankPKP
Terma & Syarat:
1. Bantuan bakul makanan untuk mereka yang:
(i) kehilangan kerja/punca pendapatan semasa PKP 2021; dan
(ii) daripada isi rumah yang memerlukan
2. Terbuka untuk warganegara Malaysia yang bermastautin atau mengundi di kawasan Parlimen Kota Melaka.
3. Pengesahan akan dijalankan terhadap setiap pemohon sebelum diluluskan.
4. Borang permohonan dan dokumen sokongan perlu dikemukakan dengan lengkap.
5. Kota Melaka Food Bank bergantung kepada sumbangan orang ramai. Oleh itu, kelulusan permohonan akan dijalankan secara berperingkat berdasarkan sumber yang ada. Kami ada cuba sedaya upaya untuk memastikan setiap pemohon yang layak menerima bantuan bakul makanan ini.
6. Hanya pemohon yang diluluskan akan dihubungi.

