Apakah nasib mereka yang kehilangan punca pendapatan?

Hari ini ialah hari pertama PKP dilaksanakan semula. Kelihatan pusat bandar amat sepi sekali.

Pelaksanaan PKP memang tidak dapat dielakkan kerana Covid-19 telah merebak dengan amat bahaya. Kes baharu meningkat mendadak, dan hospital tidak dapat menampung semua pesakit.

Namun, yang merisaukan saya ialah nasib dan keadaan mereka yang hilang punca pendapatan.

Khususnya, golongan yang bekerja sendiri. (self-employed) ataupun peniaga kecil. Mereka termasuklah penjaja jalanan, peniaga pasar malam, pekebun kecil, pemandu teksi, dan sebagainya.

Walaupun beberapa sektor ekonomi masih dibenarkan beroperasi ketika PKP ini, amat banyak kedai juga yang tidak dibenarkan untuk dibuka ataupun kekurangan pelanggan.

Di seluruh Malaysia dianggarkan ada 2.7 juta pekerja yang dikategorikan sebagai bekerja sendiri. Mereka tiada gaji tetap dan perlindungan SOSCO atau EPF.

Kehilangan sumber pendapatan memberi tekanan besar. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang perlu menyara anak dan keluarga.

Setakat ini, kerajaan belum mengumumkan apa-apa bantuan atau pakej ransangan ekonomi untuk rakyat menghadapi PKP kali ini.

Pada pendapat saya, antara perkara yang wajar diperkenalkan oleh kerajaan dengan segera ialah:
– Bantuan kewangan seperti BPN atau GKP untuk mereka yang kehilangan punca pendapatan;
– Moratorium untuk sekurang-kurangnya 3 bulan;
– Penyambungan Program Subsidi Upah untuk 3 bulan; dan
– Tambahan pekerja kontrak untuk Kementerian Kesihatan menangani kenaikan kes.

失去收入的人士的命运如何?

今天是实施行管令的第一天,市区看起来非常静。

行管令的实施已经是无法避免,因为当下疫情非常严重,每天新增病例创新高,医院再也无法容纳更多的病患。

最让我担心的是失去收入的人士的情况。

特别是自雇人士或小商家,包括路边小贩、夜市小贩、农夫及的士司机等等。

虽然不少领域获准在行管令期间营业,但是还是有很多店铺不允许营业或完全没有顾客光顾。

马来西亚大约有270万劳工归类为自雇人士,他们没有固定的薪水以及社险的保障。

失去收入的情况将让他们倍感压力,因为他们还要养家糊口。

至今,政府仍没有宣布针对这一次行管令而推出的援助及方案。

我认为,政府可以推出以下项目
– 财务援助给失去收入的人士
– 暂缓还供措施至少3个月
– 延长薪金补贴计划至少3个月
– 增聘合约员工应对疫情