Kesesakan jalan raya di negeri Melaka harus diatasi segera

Kerajaan negeri Melaka perlu memandang serius terhadap masalah kesesakan jalan raya yang semakin teruk di negeri ini dan mengambil langkah-langkah proaktif bagi mengatasinya.

Masalah ini bukan perkara yang baharu. Sebelum zaman Covid lagi, penduduk di Melaka terutamanya di kawasan bandar telah lama dibebani oleh kesesakan jalan raya. Sekarang dengan pembukaan semula semua sektor ekonomi dan sosial, kesesakan telah bertambah teruk.

Persoalannya, apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan dalam isu ini?

Tidak dinafikan masalah kesesakan jalan raya amat rumit kerana melibatkan pelbagai faktor. Oleh itu, masalah ini perlu ditangani secara menyeluruh, bukannya secara sambilan ataupun “ad hoc”.

Di negeri-negeri lain seperti Pulau Pinang, Selangor, dan Johor, terdapat Pelan Induk Pengangkutan (Transport Masterplan) untuk negeri masing-masing. Pelan induk ini penting untuk mengenalpasti punca dan penyelesaian kesesakan jalan raya dengan tepat dan terancang.

Tetapi negeri Melaka masih belum ada sebarang Pelan Induk Pengangkutan. Ini amat mengecewakan dan menunjukkan kerajaan telah gagal membuat perancangan jangka masa panjang untuk menangani masalah kesesakan trafik.

Tanpa pelan induk tersebut, sistem pengangkutan di Melaka menjadi kelam kabut. Contohnya, terdapat terlalu banyak lampu isyarat (traffic light) yang tidak menentu arah. Sistem bas awam pula gagal berfungsi dengan baik. Sekali-sekala, kerajaan akan umum projek yang tidak masuk akal seperti monorel dan tram.

Tahun lepas pada bulan Mac 2021, kerajaan negeri Melaka di bawah pimpinan BN telah melancarkan pelan pembangunan negeri yang dinamakan “Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035”.

Di dalam perancangan tersebut, dinyatakan bahawa kerajaan akan menerbitkan sebuah Pelan Induk Pengangkutan untuk negeri Melaka pada tahun 2021. Tetapi sehingga hari ini, tiada perkembangan dan maklumat baharu walaupun sudah mencecah pertengahan tahun 2022.

Saya menyeru kerajaan negeri untuk menyatakan status terkini Pelan Induk Pengangkutan yang dijanjikan ini. Pada masa yang sama, kerajaan persekutuan juga mempunyai tanggungjawab untuk menangani isu ini memandangkan ia tertakluk di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan. Perkara ini akan saya bangkitkan dalam sidang parlimen yang akan datang.