Pendidikan STEM harus dipentingkan untuk Revolusi Industri 4.0

Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong, menyeru kerajaan untuk memberi perhatian dan penekanan kepada pendidikan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi, ataupun yang lebih dikenali sebagai STEM.

Khoo berkata, pendidikan STEM adalah penting untuk jangka masa panjang dari segi membina tenaga kerja mahir, memandangkan seluruh dunia sedang mengalami transformasi digital dan Revolusi Industri 4.0.

“Kemahiran tenaga kerja adalah penting supaya nilai produktiviti negara boleh ditingkatkan dan beralih daripada industri yang bergantung kepada tenaga kerja tradisional.”

Khoo juga berkata bahawa kerajaan perlu memulakan proses ini di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah dengan memperbanyakkan kursus dalam bidang STEM.

Baru-baru ini, Khoo telah menyerahkan sumbangan RM17,000 kepada Kolej Tingkatan Enam Tun Fatimah untuk menaiktaraf sistem siar raya dan peralatan makmal di kolej tersebut.

Kolej Tingkatan Enam Tun Fatimah merupakan salah satu sekolah yang sering menghadapi masalah peralatan yang tidak mengcukupi.

“Kerajaan perlu pastikan sekolah-sekolah mempunyai peralatan dan bahan yang mencukupi untuk mengajar,” kata beliau.

Sebelum ini, Khoo juga pernah memperuntukkan RM20,000 kepada Kolej Tingkatan Enam Tun Fatimah untuk membeli bahan makmal pada tahun 2019.