Pertanyaan: Siasatan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) terhadap Azam Baki

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2022

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ]

SOALAN

TUAN KHOO POAY TIONG [ KOTA MELAKA ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:
a) adakah Suruhanjaya Sekuriti telah memanggil Tan Sri Azam Baki dalam penyiasatan isu akaun saham beliau, termasuk tarikh kehadiran beliau dalam siasatan tersebut; dan
b) justifikasi Suruhanjaya Sekuriti dalam menyimpulkan bahawa beliau ialah penama dan mempunyai kuasa ke atas akaun tersebut.

JAWAPAN

Tan Sri Yang di Pertua,

Berdasarkan seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA) [Akta 453], suatu akaun dagangan mesti dibuka di atas nama pemilik benefisial atau penama yang diberi kuasa. Hasil inkuiri Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menunjukkan bahawa:

• YBhg. Tan Sri Azam Baki adalah penama akaun saham dan beliau mempunyai kuasa ke atas akaun saham tersebut; dan

• YBhg. Tan Sri Azam Baki telah mengendalikan akaun saham yang dibukanya dan telah menyampaikan arahan untuk jual, beli serta pemindahan saham daripada akaun tersebut.

Oleh yang demikian, pihak SC sebagai pihak berkuasa berwibawa (competent authority) telah menamatkan inkuiri dan berdasarkan keterangan bebas yang diperolehi, pihak SC membuat keputusan bahawa tiada pelanggaran terhadap seksyen 25(4) Akta 453 yang dilakukan oleh YBhg. Tan Sri Azam Baki.

Sekian, terima kasih.