Kamar Khas: Kekhilafan Dalam Kompaun Merentas Daerah

MALAYSIA
KAMAR KHAS
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PENGGAL KEEMPAT
MESYUARAT KEDUA
Khamis, 11 November 2021
Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang
DOA
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

UCAPAN DI BAWAH USUL BERKENAAN PERKARA TADBIR KERAJAAN (P.M. 17)

Kekhilafan Dalam Kompaun Merentas Daerah

Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Tuan Yang di-Pertua, tajuk ucapan saya di Kamar Khas pada petang ini ialah “Kekhilafan Dalam Kompaun Merentas Daerah”. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak membangkitkan sebuah masalah yang sedang dihadapi oleh seorang penduduk di kawasan saya.

Perkara ini melibatkan suatu kompaun bernombor A135167 yang dikeluarkan oleh pihak PDRM di bawah Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit bertarikh 13 Jun 2021 di Melaka. Penduduk tersebut telah di kompaun sebanyak RM5,000 atas alasan melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan merentas daerah tanpa kebenaran pihak polis.

Secara terperinci, beliau sebenarnya telah keluar dari rumah yang beralamat di Taman Desa Idaman, Fasa 2, Durian Tunggal Melaka pada sekitar 10.30 pagi untuk membeli barangan dapur di pasar raya Econsave, Angkasa Nuri. Pasar raya dan rumah beliau terletak di dalam daerah yang sama iaitu Alor Gajah dan hanya sejauh sekitar tujuh kilometer sahaja.

Namun begitu, beliau telah ditahan dan dikenakan saman oleh pihak polis di Jalan Taman Merdeka yang merupakan jalan masuk ke pasar raya Econsave dengan alasan kawasan tersebut terletak dalam daerah Melaka Tengah dan beliau telah melakukan kesalahan merentas daerah.

Sebenarnya, Jalan Taman Merdeka merupakan sempadan di antara daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah serta merupakan jalan masuk ke pasar raya Econsave. Susulan daripada itu, beliau telah berbincang dengan beberapa pegawai daripada jabatan kesihatan negeri mengenai perkara yang berlaku dan saman yang telah dikeluarkan kepada beliau. Namun pihak jabatan kesihatan hanya menawarkan pengurangan kompaun sebanyak 50 peratus.

Tuan Yang di-Pertua, setelah meneliti kes tersebut, saya mendapati bahawa penduduk ini tidak sepatutnya dikenakan kompaun kerana pasar raya Econsave tersebut terletak di daerah yang sama serta tidak melebihi 10 kilometer dari rumah beliau. Maka dengan ini, saya ingin memohon pihak kementerian untuk membatalkan kompaun tersebut kerana terdapat kekhilafan dan beliau sebenarnya tidak merentas daerah. Sekian, terima kasih.

Timbalan Menteri Kesihatan II [Datuk Aaron Ago Dagang]: Terima kasih, Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, saya kompaun bernombor A135167 yang dikeluarkan oleh pihak PDRM di bawah Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit bertarikh 13 Jun 2021 di Melaka telah disemak dan diteliti oleh pihak Kementerian Kesihatan.

Sehubungan itu, hasil semakan mendapati terdapat isu teknikal pada kompaun yang dikeluarkan dengan merujuk kepada subperaturan 4(1) dan subperaturan 4(2)(a) berkaitan Kawalan Pergerakan dan Syarat-syarat Pergerakan pada subperaturan 5(a)(i) di bawah Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang berkuat kuasa bermula pada 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.

Di bawah subperaturan 5, Syarat-syarat bagi Pergerakan memperuntukkan; “Jika seseorang bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain di dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan, dari satu daerah ke daerah yang lain di dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan atau dari satu kawasan tempatan jangkitan ke kawasan jangkitan yang lain,

(i) untuk membeli makanan, minuman, ubat dan lain-lain keperluan harian; dan

(ii) pergerakannya hendaklah hanya ke suatu tempat di dalam radius yang tidak melebihi 10 kilometer dari kediamannya, atau ke suatu tempat yang paling hampir dengan kediamannya jika makanan ataupun ubat-ubatan, keperluan lain itu tidak terdapat di suatu tempat dalam radius yang tidak melebihi 10 kilometer dari kediamannya”.

Bagi mendapatkan ketetapan-ketetapan dan arahan selanjutnya, fail siasatan telah dibuka oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah dan sedang dilengkapkan untuk dimajukan ke Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Putrajaya. Perkara ini adalah selaras dengan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan seperti berikut:

“Peguam Negara hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan, selain prosiding di hadapan Mahkamah Syariah, Mahkamah Anak Negeri atau Mahkamah Tentera”.

Justeru itu, apa-apa arahan lanjut berkenaan dengan kompaun tersebut adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Peguam Negara. Sekian, terima kasih.