Kamar Khas: Pembukaan Semula Sektor Ekonomi Dalam Keadaan Endemik COVID-19

MALAYSIA
KAMAR KHAS
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PENGGAL KEEMPAT
MESYUARAT KEDUA
Khamis, 28 Oktober 2021
Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang
DOA
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

UCAPAN DI BAWAH USUL BERKENAAN PERKARA TADBIR KERAJAAN (P.M. 17)

Pembukaan Semula Sektor Ekonomi Dalam Keadaan Endemik COVID-19

Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Tuan Yang di-Pertua, tajuk ucapan pada Kamar Khas petang ini ialah “Pembukaan Semula Sektor Ekonomi dalam Keadaan Endemik COVID-19”.

Tuan Yang di-Pertua, pada bulan lepas, sekumpulan pengusaha daripada sektor perkilangan dan perdagangan dari negeri Melaka telah mengadakan perjumpaan dengan saya secara atas talian. Tujuan perjumpaan tersebut adalah untuk membincangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka daripada segi pembukaan semula ekonomi.

Pihak kerajaan telah menyatakan bahawa wabak COVID-19 akan menjadi endemik di negara kita. Ini bermakna rakyat, termasuklah para peniaga dan kilang-kilang, perlu terus ‘hidup bersama’ virus ini dalam jangka masa yang panjang.

Dalam konteks ini, mereka telah membangkitkan beberapa isu dan permasalahan untuk pihak kerajaan pertimbangkan. Pertama ialah vaksinasi dan penutupan kilang. Para pengusaha menzahirkan masalah yang dihadapi mereka walaupun semua pekerja telah divaksinasikan. Ini adalah kerana mereka yang telah lengkap divaksin masih berisiko dijangkiti COVID-19, terutamanya dengan kemunculan varian-varian baharu. Setiap kali seseorang pekerja didapati positif COVID-19, saringan akan dijalankan terhadap semua pekerja. Pekerja-pekerja yang kemudiannya didapati positif sudah tentunya perlu dikuarantin.

Namun, mereka yang negatif juga perlu dikuarantin kerana terdapat kontak rapat. Dalam beberapa kes, Jabatan Kesihatan mungkin mengarahkan kilang tersebut ditutup selama 14 hari. Perkara ini menyebabkan kilang ataupun kedai terpaksa ditutup berulang kali, walaupun pekerja telah divaksinasikan. Ini mengganggu kelangsungan operasi mereka. Terdapat beberapa syarikat yang terpaksa ‘buka dan tutup’ berulang kali dalam tempoh dua hingga tiga bulan. Jadi, mereka rasakan seperti back to square one walaupun semua pekerja telah di vaksin.

Maka, saya memohon pandangan kerajaan dalam perkara ini, khususnya sama ada kerajaan akan memperbaharui atau memperkenalkan SOP baharu yang bersesuaian dengan situasi semasa. Sebagai contoh, adakah munasabah jika pekerja yang negatif dibenarkan terus bekerja walaupun ada kontak rapat. Jika tidak, apakah langkah-langkah ataupun garis panduan yang boleh diberi kepada para pengusaha ini.

Isu yang kedua ialah pemantauan kuarantin. Pengenalpastian kontak rapat (contact tracing) dan kuarantin sememangnya aspek yang penting dalam menangani wabak COVID-19. Namun, terdapat pekerja, sama ada warga asing atau tempatan, yang melanggar perintah kuarantin.

Perkara ini boleh disahkan oleh saya sendiri kerana pejabat saya sering mendapat aduan bahawa ada pekerja bergelang pink yang kelihatan keluar membeli barang keperluan asas. Perkara ini amat rumit kerana sukar dipantau dan pada masa yang sama, kebanyakan pekerja asing tinggal bersama di asrama dan memerlukan barang keperluan asas ketika menjalani kuarantin. Oleh itu, prosedur dan kaedah kuarantin perlu dikaji semua. Daripada segi ini, pihak pengusaha menyatakan mereka sedia bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk menubuhkan lebih banyak pusat kuarantin setempat bagi memastikan proses ini boleh dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan. Dengan ini saya memohon penjelasan lanjut daripada pihak kerajaan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Menteri Kesihatan II [Datuk Aaron Ago Dagang]: Terima kasih, Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, saya melihat isu ini terbahagi kepada dua, iaitu vaksinasi dan penutupan kilang menjurus kepada SOP yang baharu. Kedua, adalah kaedah atau prosedur kuarantin.

Kerajaan telah menetapkan kadar vaksinasi lengkap COVID-19 sebagai salah satu syarat untuk pengoperasian bagi sektor ekonomi termasuk sektor pembuatan, pembinaan, perlombongan dan pengkuarian iaitu:

(i) kadar vaksinasi lengkap 80 hingga 100 peratus dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 100 peratus pekerja; dan

(ii) kadar vaksinasi lengkap kurang 80 peratus dibenarkan beroperasi dengan kapasiti sehingga 80 peratus pekerja sahaja

Ini adalah untuk memastikan pengurangan daripada segi risiko jangkitan COVID-19 dan kejadian kluster di tempat kerja. Walau bagaimanapun, apabila berlaku jangkitan di tempat kerja, garis panduan standard (SOP) yang telah ditetapkan perlu dipatuhi bagi memastikan rantaian jangkitan dapat diputuskan dan seterusnya mengelakkan kepada breakthrough infection atau jangkitan COVID-19 kepada individu yang telah diberi vaksinasi lengkap dalam kalangan warga kerja.

Penutupan premis untuk siasatan kes dan kontak serta menjalankan proses disinfeksi adalah penting untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di tempat kerja dan seterusnya mengelakkan berlakunya wabak yang tidak terkawal. Penutupan ini dilaksanakan selepas penilaian risiko dijalankan oleh anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan agensi yang diturunkan kuasa di bawah seksyen 3, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), pihak berkuasa tempatan (PBT), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Taklimat berkaitan prosedur penutupan premis telah disampaikan kepada agensi-agensi terlibat dan SOP penutupan premis di bawah subseksyen 18(1)(f) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit juga telah diedarkan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyemak semula garis panduan sedia ada bagi tempoh masa kuarantin dan telah dikemas kini melalui Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil. 16/2021 bertarikh 16 Oktober 2021. Mengambil kira bukti saintifik dan situasi semasa, Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah menyemak semula tempoh pengawasan dan pemerhatian dalam kalangan individu kontak rapat atau kuarantin kepada kes positif COVID-19, kepada ketetapan baharu seperti berikut:

(i) tempoh berkenaan dipendekkan dari 14 hari kepada tujuh hari bagi individu yang telah menerima dos lengkap vaksin; dan

(ii) tempoh berkenaan dipendekkan dari 14 hari kepada sepuluh hari bagi individu yang belum lengkap divaksin atau tidak menerima vaksin.

Pelepasan daripada menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian akan diberikan kepada kontak rapat kepada kes positif COVID-19 apabila syarat-syarat berikut dipatuhi:

(i) menjalani ujian ulangan PCR COVID-19 pada hari kelima, kalau kuarantin bagi tempoh tujuh hari. Sekiranya keputusan ujian ulangan tersebut didapati negatif, mereka akan diberikan pelepasan dari menjalani kuarantin pemerhatian hari kelapan; atau

(ii) menjalani ujian ulangan PCR COVID-19 pada hari kelapan, sekiranya menjalani kuarantin bagi tempoh sepuluh hari. Sekiranya keputusan ujian ulangan tersebut didapati negatif, mereka akan dikeluarkan dari pusat kuarantin pada hari ke-11.

Oleh yang demikian, pekerja-pekerja kontak rapat kepada kes positif adalah tertakluk kepada garis panduan terbaharu ini, iaitu bagi yang lengkap divaksin, mereka diwajibkan untuk kuarantin selama tujuh hari. Manakala yang tiada atau tidak lengkap vaksin adalah 10 hari. Selain itu, majikan-majikan juga hendaklah membuat penilaian kendiri COVID-19 iaitu mengamalkan Test, Report, Isolate, Inform and Seek Treatment (TRIIS) untuk mengelakkan pekerja sama ada yang telah di vaksinasi atau yang belum lengkap vaksinasi daripada dijangkiti dan seterusnya mengelakkan daripada penutupan premis berkali-kali.

Bagi isu kedua, berkenaan dengan kaedah kuarantin. Berdasarkan subseksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342], mana-mana pegawai diberi kuasa boleh memerintahkan kontak iaitu mana-mana orang yang telah terdedah atau mungkin telah terdedah kepada risiko dijangkiti Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19), termasuk mana-mana orang yang baru tiba dari sesuatu kawasan jangkitan (berdasarkan tafsiran di bawah Seksyen 2 Akta 342, supaya menjalani pengawasan dan pemerhatian di mana-mana tempat yang diiktirafnya patut sehingga mereka boleh dilepaskan dari kuarantin tanpa membahayakan orang ramai.

Bagi tujuan pematuhan tersebut, kontak ini akan diberikan surat perintah kuarantin ataupun Order for Surveillance and Observation (HSO). Terdapat beberapa kategori, ada empat kategori kontak yang akan diberikan surat HSO adalah:

(i) Kategori A iaitu mana-mana warganegara, pemastautin tetap Malaysia, ekspatariat atau kor diplomatik atau mana-mana orang asing lain yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah Imigresen memasuki Malaysia dari luar negara;

(ii) Kategori B iaitu kontak rapat kepada kes positif;

(iii) Kategori COVID-19 iaitu individu yang tinggal dalam kawasan yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD); dan

(iv) Kategori D iaitu individu yang diberi perintah pengawasan dan pemerhatian oleh pegawai diberi kuasa, contohnya individu yang pulang dari kawasan berisiko tinggi.

Kalau dulu, biasanya orang dari Sabah datang ke West Malaysia diberi kuarantin, macam itulah yang berisiko tinggi di mana berlakunya penularan jangkitan yang tinggi. Mana-mana individu yang diberikan HSO ini dipakaikan gelang pengawasan bagi memudahkan pengenalpastian individu ini di lapangan sekiranya individu ini keluar dari premis yang ditetapkan untuk pengasingan.

Arahan pemakaian gelang pengawasan bagi Kategori A di atas adalah berdasarkan subperaturan 8(3) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 8) (2020). Manakala, keperluan pemakaian gelang pengawasan ke atas Kategori B, C dan D adalah berdasarkan syarat dalam perintah yang dikeluarkan oleh pegawai diberi kuasa di bawah seksyen 15, Akta 342.

Bagi mana-mana warganegara, pemastautin tetap Malaysia, ekspatriat atau kor diplomatik atau mana-mana orang asing lain yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah Imigresen yang baru masuk ke Malaysia dan telah diarahkan untuk tinggal di stesen kuarantin atau dibenarkan menjalani pengawasan dan pemerhatian di tempat kediaman iaitu Kategori A dan didapati tidak mematuhi Peraturan 8(3), ia merupakan satu kesalahan di bawah peraturan 11(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 8) (2020). Kesalahan ini merupakan kesalahan yang boleh di kompaun tidak melebihi RM1,000.

Bagi Kategori (B), (C) dan (D) yang didapati melanggar perintah pegawai diberi kuasa, merupakan kesalahan di bawah seksyen 22(b) Akta 342 yang merupakan kesalahan yang boleh di kompaun di bawah Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengkompaunan Kesalahan-kesalahan) (Pindaan) (No. 12) (2020) tidak melebihi RM 1000.00. Jika didapati bersalah dan disabitkan kesalahan, boleh juga dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda di bawah seksyen 24(a) Akta 342.

Individu yang sedang menjalani kuarantin dan dipantau oleh pegawai-pegawai diberi kuasa di bawah seksyen 3 Akta 342. Selain daripada pegawai-pegawai kementerian, terdapat 22 kementerian juga terlibat dalam aktiviti ini dan bagi mengkompaun ada 11 agensi yang boleh memberikan kompaun kepada kesalahan-kesalahan di bawah akta tersebut.

Di samping itu, kerajaan telah melaksanakan penggunaan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian secara digital dalam aplikasi MySejahtera mulai 15 Julai 2020 bagi pengembara dari luar negara dan bagi kontak kes positif dan kes positif adalah mulai 1 Ogos 2021. Individu dalam kategori kontak akan diberi perintah pengawasan dan pemerhatian secara digital dalam aplikasi MySejahtera dalam tempoh tarikh kuarantin. Dalam pelaksanaan SOP, semua premis diwajibkan untuk pelanggan mengimbas kod QR untuk masuk ke premis masing-masing. Sesiapa yang sedang menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian adalah tidak dibenarkan untuk masuk ke premis tersebut.

Ini adalah untuk menjawab yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi, dilihat mereka yang memakai gelang pink, keluar masuk. Sehingga 25 Oktober 2021, terdapat sebanyak 1,612 stesen kuarantin telah diwartakan, di mana 180 buah sedang aktif digunakan di seluruh negara setakat ini. Majikan boleh menempatkan pekerja-pekerja di stesen-stesen kuarantin yang diwartakan dengan kos kuarantin adalah di bawah tanggungan majikan. Kementerian Kesihatan akan terus memantau individu yang sedang menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian. Individu yang gagal mematuhi peraturan perintah ini adalah satu kesalahan dan boleh didakwa. Semua individu yang sedang menjalani perintah ini adalah dinasihatkan untuk mematuhi perintah tersebut.

Untuk makluman semua, sehingga kini, jumlah kompaun yang dikeluarkan kepada individu yang melanggar peruntukan di bawah Akta 342 Perintah Pengasingan, Pemerhatian dan Pengawasan sehingga 24 Oktober 2021 adalah seperti berikut:

(i) seksyen 11(3)(b) Akta 342 iaitu arahan pegawai diberi kuasa supaya sesorang diasingkan, diperhatikan atau diawasi dengan jumlah dalam kategori ini ialah enam;

(ii) seksyen 14 Akta 342 iaitu pengasingan orang yang dijangkiti dan orang yang disyaki dipindah ke stesen kuarantin dengan jumlah kompaun: 172; dan

(iii) seksyen 15 iaitu pemerhatian dan pengawasan kontak. Jumlah adalah sebanyak 569

Sekian, terima kasih.