Sokongan semua pihak penting untuk menjayakan program pemvaksinan di PPV

MELAKA: Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong telah memberikan bantuan kepada Pusat-pusat Pemberian Vaksin (PPV) di negeri Melaka untuk memastikan proses pemvaksinan berjalan lancar.

Khoo berkata bahawa kerjasama antara kerajaan, rakyat, dan PPV adalah sangat penting. Beliau turut menggesa orang ramai untuk bekerjasama supaya memastikan program vaksinasi dapat dijalankan dengan lancar.

Terdapat 8 buah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Daerah Melaka Tengah dan ada di antaranya yang tidak mencukupi peralatan.

“Dalam masa dua minggu yang lepas, saya telah berkunjung ke beberapa PPV untuk memerhatikan keadaan dan memahami masalah yang dihadapi oleh pusat-pusat tersebut,” beliau kata.

Khoo menjelaskan bahawa PPV masih terdapat kekurangan dari aspek peralatan seperti “water dispenser” di beberapa PPV.

“Saya juga telah menyampaikan dispenser air kepada PPV tersebut untuk memastikan semua kakitangan yang berkhidmat di PPV dapat minuman air yang cukup,” Khoo kata.

Di samping itu, Khoo juga menyumbang makanan kepada beberapa PPV supaya semua pengawai kesihatan dan sukarelawan boleh mengalas perut ketika sibuk bertugas.

Tambah beliau, PPV CTRM merupakan salah satu pusat yang berskala besar di negeri Melaka, yang memberikan 700 hingga 800 vaksin sehari.

Setelah mememahami keadaan di PV CTRM, pejabatnya telah menghantarkan 100 buah kerusi ke PPV CTRM supaya ahli keluarga dapat duduk dan menunggu.

“Rakyat turut memberitahu saya bahawa situasi di PPV tersebut telah bertambah baik dan proses keseluruhan menjadi teratur,” beliau kata.

Khoo juga mengatakan bahawa isu PPV dan pemvaksinan tidak harus dipolitikkan.

“Setiap individu seharusnya bekerjasama antara sama satu lain dan melakukan segala yang mungkin untuk membantu Program Imunasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) ini berjalan dengan lancar”.