Adalah pendaftaran vaksin melalui website diproses dan diselaraskan dengan sistem MySejahtera?

Kepada mereka yang telah mendaftar untuk vaksin melalui website, saya nasihatkan supaya daftar juga melalui aplikasi MySejahtera.

Kebelakangan ini telah timbul lagi masalah baharu mengenai sistem pendaftaran vaksin dan Covid-19.

Pejabat saya telah menerima aduan daripada ramai warga emas yang tidak masih belum mendapat janji temu untuk vaksin.

Setelah menyusuli beberapa kes, saya mendapati kebanyakan daripada mereka yang daftar melalui website belum diberi janji temu.

Setelah membantu mendaftar melalui MySejahtera, mereka mula mendapat janji temu. Tetapi apabila disemak di dalam sistem website, status mereka masih menunjukkan “sedang diproses”.

Oleh itu, timbul persoalan sama ada sistem pendaftaran website dan sistem MySejahtera adalah diselaraskan.

Lebih membimbangkan lagi adalah persoalan sama ada pendaftaran yang dibuat melalui website telah diproses.

Minggu lepas juga, MySejahtera secara tiba-tiba meminta mereka yang belum menerima janji temu untuk kemukakan maklumat semula melalui “helpdesk”.

Saya berharap agar kerajaan boleh menyiasat isu ini dengan lebih mendalam dan memberi penerangan lanjut.

Kita telah masuk fasa yang kritikal dalam program imunisasi kebangsaan. Masalah-masalah teknikal sebegini tidak seharusnya berlaku lagi.