MELAKA: Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong, mendesak Menteri Kanan Datuk Seri Azmin Ali untuk tidak berpolitik dalam keadaan wabak Covid-19 yang teruk ini.
Menteri Kanan tersebut baru-baru ini dikecam oleh orang awam dan Menteri yang lain kerana Kementerian Perdanganan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah meluluskan permohonan operasi sektor-sektor ekonomi yang bukan berkeperluan (essential).
Dalam kenyataannya, Khoo berpendapat bahawa tindakan MITI adalah suatu pengkhianatan terhadap usaha dan pengorban yang telah dibuat oleh frontliner dan rakyat.
Beliau menekankan bahawa kerajaan seharusnya mengutamakan keselamatan dan kesihatan rakyat.
Baru-baru ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyiarkan gambar “tutup pintu depan” di media sosialnya.
Secara tidak langsung beliau sedang menyatakan bahawa kerajaan ingin melaksanakan ‘total lockdown’ dengan lebih ketat, tetapi terdapat Menteri yang membelakangi usaha tersebut menerusi “pintu belakang”.
“Saya rasa, Ismail Sabri tidak dapat melaksanakan ‘total lockdown’ dengan sempurna, maka beliau rasa marah dan melepaskan geram di media sosial, sambil menyindir Azmin Ali,” kata Khoo.
Khoo juga menyatakan bahawa Azmin seolah-olah ingin menjadi “hero” dengan meluluskan permohonan pembukaan, dan tindakan ini mengabaikan keselamatan rakyat.
Di samping itu, para menteri juga mempunyai fikiran yang berbeza dan mengelirukan, lalu akhirnya rakyat juga yang menderita.
Khoo berharap agar pihak kerajaan dapat menunaikan janji dan memperuntukkan bantuan kewangan dengan secepat mungkin seperti yang diumumkan pada 31 Mei.
Khoo juga meminta pihak kerajaan untuk merancang dengan lebih efisien dan komprehensif sebelum membuat sebarang pengumuman supaya tidak mengelirukan rakyat.
“Ini bukan hanya mengakibatkan rakyat rasa mereka dibuat susah oleh kerajaan, tetapi juga menyebabkan mereka menghadapi tekanan emosi dan mental yang amat teruk,” jelas beliau.

