Pemakaian pelitup muka secara berganda lebih berkesan untuk mencegah Covid-19

MELAKA: Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong, menasihatkan rakyat untuk memakai pelitup muka secara berganda (double face mask) sepertimana yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Khoo merujuk kepada kenyataan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham dan garis panduan daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat yang menyatakan bahawa pelitup muka berganda dapat mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 dengan lebih berkesan.

“Panduan tersebut mencadangkan dua cara untuk meningkatkan keberkesanan pelitup muka: pertama, buat simpul (ear loops) di sisi pelitup muka perubatan (surgical mask), dan kurangkan jurang antara pelitup muka dengan muka. Kaedah kedua adalah memakai pelitup muka berganda.”

Khoo juga mengatakan bahawa beliau telah mengikut garis panduan tersebut untuk memakai pelitup muka berganda, dan beliau tidak merasakan apa-apa ketidakselesaan atau kesulitan untuk bernafas.

Menurut garis panduan tersebut, cara yang betul untuk memakai pelitup muka secara berganda ialah memakai pelitup muka gred perubatan pada lapisan pertama dan diikuti dengan pelitup muka kain sebagai lapisan kedua.

Pemakaian pelitup muka secara berganda dapat mencapai tahap perlindungan 85.4% berbanding dengan sehelai pelitup muka perubatan yang hanya menghalang 56.1% partikel halus.

Pada masa yang sama, garis panduan tersebut tidak mengesyorkan memakai dua pelitup muka perubatan, dua pelitup muka kain atau menambahkan pelitup muka lain ke pelitup muka N95 sebagai pemakaian pelitup muka berganda.

Khoo juga mengingatkan orang ramai untuk menguruskan pelitup muka kain dengan betul. Kerana pelitup muka kain harus dicuci selepas setiap kali penggunaan.

Pelitup muka kain yang digunakan berulang kali tetapi tidak dicuci akan meningkatkan risiko jangkitan.