Ini sabahat lama saya, Ah Chai. Beliau seorang penarik beca.
Oleh sebab Covid dan PKP, pendapatan beliau teruk terjejas sepanjang tahun lepas sehingga sekarang.
Sebelum ini, Ah Chai ada cuba cari cara lain untuk bekerja. Beliau bawa murid-murid ke sekolah dengan beca. Tetapi oleh kerana sekarang sekolah juga tutu, maka beliau kehilangan pendapatan lagi.
Ah Chai tidak putus asa lagi. Sekarang beliau berniaga kecil. Jual keropok udang sempena Tahun Baru Cina yang akan datang.
Saya amat mengagumi semangat yang ditunjukkan oleh Ah Chai.
Walaupun krisis Covid-19 telah mendatangkan cabaran demi cabaran, beliau tidak putus asa. Beliau seorang yang kekal positif dan terus bekerja keras. Terima kasih kerana memberi pengajaran yang penting ini kepada kita semua.
Untuk menyokong inisiatif dan semangat beliau, pejabat saya telah membeli 50 paket daripada beliau. Semoga perniagaan kecil beliau bertambah baik.
Kepada sesiapa yang berminat menyokong beliau, boleh hubungi di talian 017-2571374.