Hari ini, Pasukan Sanitiser Parlimen Kota Melaka akan menjalankan kerja sanitasi di Banda Kaba dan Taman Melaka Baru.
Setakat ini lebih 15 tempat telah dibersihkan.
Menurut Khoo Poay Tiong, ahli parlimen Kota Melaka, insiatif ini ditubuhkan bagi membantu masyarakat menghadapi gelombang ketiga Covid-19 yang sedang melanda.
“Jumlah kes telah meningkat bulan ini dan tempat tinggal atau tempat kerja mereka yang disahkan positif perlu disanitasikan.
“Jabatan Kesihatan sedang menghadapi kesukaran untuk mensanitasikan semua tempat kerana jumlahnya terlalu banyak. Maka, kita tubuhkan pasukan ini untuk membantu,” jelas beliau.

Pasukan sanitasi ini dianggotai sepenuhnya oleh sukarelawan.
Mereka telah menerima taklimat daripada Jabatan Kesihatan dan sentiasa memastikan peralatan keselamatan digunakan dengan betul semasa menjalankan kerja-kerja sanitasi.
Selamat bertugas!

