1. Perdana Menteri telah mengumumkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI). Inisiatif-inisiatif tersebut sedikit sebanyak dapat membantu rakyat mengharungi PKP kali ini.
2. Namun pakej PERMAI kurang meyakinkan kerana bersifat jangka masa pendek.
3. Sebagai contoh, bantuan GKP Tambahan untuk peniaga kecil hanya bernilai RM1,000, berbanding dengan RM3,000 sebelum ini. Program Subsidi Upah (PSU) untuk majikan pula hanya untuk tempoh sebulan.
4. Ini bercanggah dengan jangkaan oleh Kementerian Kesihatan bahawa kita memerlukan 3 bulan untuk mengawal semula penyebaran Covid-19.
5. Untuk mengatasi Covid-19 sepenuhnya, suntikan vaksin perlu diberikan kepada rakyat. Jika tidak, Covid-19 tetap akan kembali merebak, sepertimana yang telah berlaku di Malaysia dan negara-negara lain.
6. Namun Perdana Menteri menyatakan program vaksinasi dijangka lengkap hanya pada suku pertana tahun 2022. Ini bermakna kita akan menghadapi situasi Covid-19 untuk sekurang-kurangnya setahun lagi.
8. Adakah pakej PERMAI ini mencukup untuk setahun? Apakah perancangan jangka masa sederhana dan jangka masa panjang kerajaan dalam isu ini?
9. Ketiadaan hala-tuju yang jelas akan memberi beban yang lebih besar kepada rakyat dan sektor ekonomi.

