Lanjutan Moratorium

moratorium

Pengumuman pelanjutan moratorium untuk mereka yang kehilangan kerja atau dipotong gaji amat dialu-alukan. Ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan yang paling terkesan oleh Covid-19.

Walaubagaimanapun, saya berpendapat bahawa moratorium ini mempunyai kelemahan atas beberapa sebab.

1. Seperti yang saya cadangkan di parlimen, moratorium automatik wajar diberikan kepada golongan berpendapatan rendah juga, iaitu mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah.

Golongan ini merupakan kumpulan yang paling terdedah kepada keadaan ekonomi semasa, khasnya untuk 6-12 bulan yang akan datang.

2. Moratorium ini tidak melindungi mereka yang bekerja atau berniaga sendiri. Ini termasuklah peniaga kecil seperti penjaja makanan atau gerai pasar malam.

Tinjauan saya di akar umbi menunjukkan pendapatan perniagaan-perniagaan ini terjejas. Ada yang hampir 50% berkurangan.

3. Moratorium ini juga tidak merangkumi perusahaan kecil dan sederhana (SME). 98% daripada syarikat di Malaysia ialah SME. Mereka merupakan majikan terbesar.

SME banyak bergantung kepada business loan. Banyak SME yang akan gulung tikar kerana tidak mampu membayar balik pinjaman.

4. SME dan peminjam lain dikatakan boleh berunding dengan bank untuk mendapatkan bantuan mengikut kes masing-masing.

Ini akan menimbulkan banyak masalah kerana sudah pasti bank lebih cenderung untuk tidak memberi moratorium. Kita juga tahu betapa susahnya untuk berunding dengan bank-bank.

5. Moratorium ini bukan secara automatik atau “opt-out”. Peminjam masih perlu membuat permohonan kepada bank. Pihak kerajaan dan bank mesti memastikan semua permohonan diproses dengan betul.