1. Isu 5G ini sangat penting. Teknologi dan infrastruktur 5G akan memberi kesan besar terhadap perkembangan ekonomi dan sosial negara kita untuk 5-10 tahun akan datang.
2. Pada 15 Mei, Saifuddin Abdullah telah mengarahkan supaya spektrum 5G diberi kepada lima syarikat telco secara terus. Surat itu ditandatangani oleh beliau sendiri.
3. Keputusan ini tidak diumumkan. Ini amat pelik kerana isu 5G sangat penting untuk negara. Perkara ini hanya diketahui orang ramai selepas pihak media melaporkan perkara tersebut beberapa hari yang lepas.
4. Saifuddin Abdullah kemudiannya menarik balik keputusan beliau semalam. Beliau kata batalkannya kerana terdapat masalah dari segi tekninal, perundangan, dan ketelusan.
5. Persoalannya, tidak kah perkara-perkara “teknikal, perundangan, dan ketelusan” itu tidak diambil kira ketika Saifuddin Abdullah menandatangani surat arahan pada 15 Mei? Mengapa hari timbul selepas pihak media melaporkan perkara tersebut?
6. Saya tidak pasti pasti sama ada Menteri ini kurang cekap atau tersilap langkah, kerana beliau tidak menerangkan apakah masalah teknikal dan perundangan yang tiba-tiba timbul. Kejadian ini tidak memberi keyakinan kepada pihak industri.
7. Mantan Menteri Komunikasi dan Multimedia, saudara Gobind Singh, telah mengutuk keras keputusan Saifuddin Abdullah. Beliau menerangkan bahawa dasar 5G ini telah digerakkan sejak tahun 2019.
8. Ketika itu, kerajaan mengamalkan ketelusan dan akauntabiliti. Sesi pendengaran awam telah diadakan dan laporan diterbitkan secara terbuka. Gobind bersetuju menganugerahkan spektrum 5G mengikut tender terbuka. Ini membolehkan telco yang paling baik terpilih.
9. Kerajaan sekarang mesti mengendalikan isu 5G ini dengan lebih baik dan telus. Jika tidak, rakyat dan pengguna yang akan ketinggalan nanti. Contohnya, harga dan kualiti mungkin tidak cukup baik. Ini akan melemahkan daya saing negara kita.

